Skip to main content

Aku Tanpa Contact Lens

Hanya beberapa orang saja yang tahu mata aku yang sebenar tanpa contact lens, memandangkan mata aku ni kena bergantung sepenuhnya dengan lens. Tanpa lens, aku memang jadi orang separuh buta. Aku cuma tanggalkan contact lens bila nak pergi tidur atau buat aktiviti lain yang memang tak disarankan pakai lens. Lagipun kalau nak diikutkan, pemakaian lens janganlah lebih 8 jam dalam satu hari walaupun aku selalu pakai lebih dari tu. Aku mula pakai contact lens sejak dari tingkatan 4 sekolah menengah. Sebelum ni pernah pakai cermin mata tapi mata aku tak ngam malahan merosakkan lagi mata selain menjadikan aku pening kepala nak mati. Sejak pakai contact lens, degree mata aku agak stabil dan lambat naik.

Mata dengan cermin mata hanya untuk emergency situation sahaja. Tak boleh pakai lebih dari 10 minit.

Ada juga sesetengah orang rasa pelik sebab mereka tak pernah tengok mata sebenar aku dan ingat mata aku jenis bermata biru memandangkan aku suka pakai contact lens warna biru. Aku rasa lawak bila ada yang datang tanya adakah mata aku semula jadi warna biru, yang aku rasa terang-terang nampak fake. Aku kan asian, dan warna mata coklat kehitaman itu common pada umur peringkat awal sebelum jadi tua. Bila dah kurang melanin, warna mata kita yang gelap akan perlahan bertukar jadi warna coklat muda atau warna lain yang terang bila dah tua.

 

Kebenaran pasal mata aku ni ialah, iris mata aku kecil berbanding orang lain. Sangat kecil sampai aku sendiri tengok pun pelik. Sebab tu aku lebih suka pakai contact lens yang bersaiz besar dan biarkan mata nampak macam anime sikit. Baru yakin rasa diri comel. Kalau tengok dalam gambar-gambar di atas tu aku cuma pakai teknik bergambar tanpa contact lens tapi buat-buat mata jadi besar walaupun realitinya bukan macam tu. Teknik itu penting.

Aku berharap di masa depan akan ada contact lens yang boleh pakai lama tanpa perlu tanggalkan setiap hari sebab terlampau leceh, dan pada masa yang sama selamat untuk dipakai, murah dan cantik.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...