Skip to main content

Aku yang Berpunggung Besar

Setiap daripada kita mesti mempunyai sebahagian daripada anggota tubuh badan yang tidak disukai yang kita rasakan tidak sesuai pun nak match dengan anggota badan yang lain, sebagai contoh bahagian atas/bawah badan terlalu besar berbanding bahagian lain, peha yang terlalu berlemak, perut yang terlalu boroi, bahu yang terlalu lebar, dada terlalu luas, bentuk muka terlalu segi empat macam buku saiz A4 dan sebagainya. Manakala aku punya mempunyai punggung besar sejak dari sekolah rendah lagi. 

Walaupun kawan-kawan aku selalu cakap punggung yang besar merupakan satu aset untuk jadi perempuan yang cantik, tapi aku rasa ianya sesuatu yang memalukan terutamanya bila ada mata yang memerhati bahagian tersebut. Punggung aku tak adalah besar mana pun tapi boleh dikatakan besar dari saiz yang normal untuk badan seperti aku. Perempuan barat mesti tergila-gila dengan saiz punggung yang besar sampai sanggup buat implant atau pembedahan membesarkan punggung mereka. Berlainan di kebanyakkan negara asia, kita lebih suka saiz badan kecil dan kurus janji muka cantik.

Keburukan orang yang berpunggung besar macam aku ni ialah, susah nak cari seluar yang ngam dengan perut, kaki dan punggung. Aku kadang-kadang teringin nak pakai seluar jeans yang longgar tapi fit dekat perut tapi kebanyakkan yang dijual plus size bahagian punggung sekali perut. Lain-lain saiz semua saiz kaki yang besar lengan aku ni. Tak pernah lagi aku jumpa seluar jeans yang mempunyai saiz besar di punggung tapi kecil sedikit di bahagian perut. Penatlah hari-hari nak pakai tali pinggang.

Itu belum lagi pakai seluar jeans jenis low cut. Aku suka pakai jeans jenis tu tapi saiz punggung aku buatkan bentuk badan aku jadi pelik dan hodoh. Aku bukan sahaja bermasalah dengan seluar, tapi juga dengan pakaian dalam juga. Kalaulah aku ada mesin jahit sendiri kan best. Aku akan buat pakaian sendiri yang cun-cun dengan bentuk badan aku.

Semasa aku darjah 6 sekolah rendah di Sibu, aku pernah kena buli dengan budak lelaki sekelas aku sebab berpunggung besar. Masa tu aku pakai baju kurung besar, itupun masih diperhatikan dan diejek sampai aku malu sangat-sangat. Aku pernah buat macam-macam senaman untuk kecilkan punggung tapi gagal, malahan peha, perut pula yang mengecil. Sekarang ni pun aku tengah fokus nak naikkan metabolisme badan aku memandangkan badan aku semakin hari semakin berat. Bimbang dengan masalah saiz punggung, masalah lain pula yang datang.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...