Skip to main content

Hebat Sangatkah Bila Menang Berdebat?

Sejak dari sekolah, kita memang telah diajar untuk berbahas atau berdebat untuk sesuatu perkara. Begitu juga dengan sampai sekarang bila bidang-bidang pekerjaan yang melibatkan soal berdebat seperti di dalam bidang politik dan sewaktu dengannya. Berdebat ni bagi aku adalah suatu aktiviti "berlawan idea tak kira secara percakapan atau penulisan" secara sihat daripada berlawan menggunakan fizikal. Namun begitu, terdapat juga banyak keburukkan selain kita menganggap ia sesuatu perkara yang baik.

Dicedok dari Google Image

Bila bercakap pasal keburukkan, aku rasa mesti ramai yang tertanya kenapa dengan hanya berdebat boleh mendorong kepada perkara yang buruk?

Aku adalah salah seorang yang tidak suka dengan aktiviti berdebat tapi aku jenis yang lebih suka dengan perkara yang boleh dikongsikan bersama seperti berkongsi idea dan pendapat. Bila sebut pasal berdebat, automatik aku akan anggap orang yang bercakap dengan nada yang halus dan sopan tapi sebenarnya kasar dan melukakan hati. Orang yang berdebat ni kebanyakkannya mementingkan ego mereka, tidak mudah mengakui kesalahan walaupun tahu ada kelemahan dalam perkara yang mereka tegakkan. Kadang-kadang mereka tidak jujur dan pandai memutar-belitkan fakta hanya semata-mata mahu orang yang mereka debat kalah sebagai contoh bila peguam berdebat di mahkamah.

Ada orang kata orang yang tidak mahu dan tidak suka berdebat ni sebab tak nak kalah dan tak pandai berdebat tapi kadang-kadang mereka tidak fikirkan bila mereka berdebat, mereka sebenarnya lebih suka mencari kesalahan orang lain dari menegakkan kebenaran. Bila kita berdebat, kita bercakap sesuatu perkara yang bertentangan pendapat dengan orang lain. Even though ingin memperjuangkan kebenaran tapi pada masa yang sama kita juga telah mengguris perasaan orang lain dengan berkata pendapat orang itu salah, terpesong dan sebagainya, Contoh yang boleh diperhatikan adalah bila berdebat pasal agama atau pergi berdakwah. Rasanya, bila orang itu kalah sekalipun dalam berdebat, adakah mereka akan terus ikut pendapat yang kita debatkan? TIDAK. Mereka akan cari jalan dan cari banyak lagi kesalahan kita. Jadi, tujuan asal berdebat itu tidak akan dicapai sampai bila-bila.

Jadi apa gunanya berdebat?

Tidak ada istilah menegakkan kebenaran dalam berdebat. Berdebat cumalah untuk mempertahankan ego. Bila seseorang itu sendiri mahu percaya, tidak perlu berdebat pun, mereka sendiri akan pergi kepada kita. Instead of debat, kenapa tidak show and sharing? Orang mahukan action dan bukannya sekadar kata-kata manis dan idea-idea yang meletup. Memang akan ada orang yang pandai berdebat dan pandai memasukkan unsur sascartic di dalam idea mereka tapi fikirlah tujuan mereka untuk apa kalau bukan untuk jatuhkan kita apatah lagi dengan orang yang tidak pandai dalam berkata-kata.

Berdebat sebenarnya tidak menjadi kesalahan namun perlulah jujur dan banyakkan mencari kelebihan sendiri dari keburukan orang lain. Kalau sewaktu aku PLKN dulu, kami berdebat untuk suka-suka dan buat lawak secara langsung dapat hilangkan stress. Ingat ya, kita menang berdebat bukan bermaksud kebenaran milik kita.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...