Skip to main content

Kadang Kala Ada Perlunya Kita "Mengungkit"

"Mengungkit" dalam erti kata aku seperti dalam tajuk entri di atas ni membawa maksud kita mengingatkan kembali seseorang tu tentang apa yang kita telah berikan kepada mereka suatu ketika dahulu. Ramai yang berpendapat perbuatan "mengungkit" ni adalah satu perbuatan yang tidak ikhlas dan terkutuk. Tapi, mesti ramai juga diantara kita yang pernah merasa segala yang kita korbankan tidak sedikitpun dihargai seperti bak kata pepatah "ditelan mati emak, diluah mati bapak". Bila kita mengungkit, orang akan kata kita tidak ikhlas, bila kita tidak mengungkit, orang akan ambil kesempatan ke atas kita.

Kita marah bila ada orang mengungkit tapi kita tidak fikir, orang yang mengungkit itu juga pasti marah bila kita tidak hargai pengorbanan mereka. Paling biasa kita jumpa, bila dah kita menegur dengan cara mengungkit (cara yang baik dan sopan), mulalah si-polan ni terus tak nak bercakaplah, tak nak terima pertolongan kitalah, tak nak guna barang kitalah sedangkan kita sebenarnya memang tidak kisah. Mereka terasa, tapi mereka tak nak terima hakikat. Sebab tu, mereka lebih suka jadi ego dari mengubah sikap mereka.

"Mengungkit" itu tidak salah kalau dengan niat tak nak mereka yang telah kita tolong dahulu jadi lupa diri sekarang. Tapi, biarlah dengan cara sopan dan masih ikhlas. Bukan mengungkit sambil meminta-minta apa yang telah kita berikan kepada mereka. Biasalah, ramai orang kita ni mudah melenting bila disebut bab "mengungkit". Adalah lebih bagus buangkan sikap kuno tersebut dan fikirlah kesalahan kita dahulu sebelum mencari kesalahan orang lain. Ada sebabnya seseorang itu "mengungkit" pasal sesuatu, jadi lebih bagus adakan perbincangan yang baik sesama sendiri.

Teringat pernah belanja orang makan.. Bukan mengungkit, tapi suka tengok orang makan banyak-banyak

Janganlah disebabkan kita ego, kita lupa nak gunakan akal kita yang waras untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...