Skip to main content

Gangguan Seksual Tak Kira Pakaian Apa yang Dipakai

Sudah terlalu ramai orang yang memberi pandangan bahawa perempuan seksi dan berpakaian menjolok mata penyumbang utama kepada gejala rogol dan gangguan seksual. Mungkin ia ada sedikit logik kerana berpakaian menjolok mata boleh memberangsangkan nafsu lelaki. Namun begitu, ada juga pernah berlaku perempuan yang berpakaian sopan terlibat dalam kes rogol cuma jarang sahaja diperdengarkan di media-media masa atau sengaja ditutup untuk menyembunyikan kebenaran.

Aku sebagai seorang perempuan juga tidak terkecuali pernah kena gangguan seksual. Pengalaman gangguan seksual yer, bukan pengalaman kena rogol. Tapi yang peliknya benda tu terjadi masa aku berumur 7 tahun atau masa aku masih budak-budak. Time sekolah menengah pun pernah kena dengan pelajar lelaki senior. Bayangkan sepanjang usia aku masa tu, aku tak pernah pakai pakaian menjolok mata, aku cuma berada di tempat public dan kawasan sekolah tapi kenapa ada lelaki yang masih suka kacau dan mengganggu secara seksual?

Aku masih ingat masa budak-budak dulu bila jalan dengan keluarga ke bandar Sibu, mesti ada jer lelaki yang suka sentuh-sentuh tanganlah, kakilah, yang buat aku rasa rimas bila berjalan di tepi kedai terutamanya bila terpaksa melalui kedai kopi. Ayah aku ni pula, kalau jalan macam kena kejar hantu, so terpaksalah aku mempercepatkan diri sampaikan kadang-kadang boleh jauh tertinggal di belakang. Time sekolah rendah, aku ada seorang kawan sekelas lelaki (nama budak tu Federick dan aku masih ingat sampai sekarang) yang suka cerita seks dengan aku sampai aku takut nak kawan dengan budak-budak lelaki lain sampailah aku habis sekolah.

Time sekolah menengah pula, aku pernah kena pukul "manja" dekat punggung dengan gulungan kertas oleh seorang senior lelaki DEPAN OFFICE guru. Nasib jer pakai kertas, kalau pakai tangan, mungkin dah makan kasut Bata aku kot masa tu. Bila dah pandai berdikari lepas beberapa tahun, jauh dari family, aku rasa tak adalah sangat kena gangguan seksual secara fizikal berbanding aku yang dulu. Budak-budak sekarang nak buat gangguan seksual, semua pakai teknologi. Webcam-lah, chatting-lah.. Nasib aku ni jenis yang tak melayan pun.

Sebab tu, dapat anak perempuan ni bukan senang. Bukan setakat nak fikir jaga pemakaian jer, itu belum tentu selamat. Bila dah ada macam-macam laman sosial ni, dengan adanya internet, handphone atau laptop dah boleh mendorong kepada gangguan seksual. Eh eh, entah-entah bukan gangguan seksual lagi kot kalau yang perempuan sendiri dah gersang.

Nak elak dari dirogol atau terkena gangguan seksual, make sure elakkan berada di tempat yang mencurigakan atau kalau terpaksa, bertemanlah dengan orang yang boleh dipercayai. Kalau bab berpakaian sopan atau seksi tu, terpulanglah pada diri masing-masing tapi faham-fahamlah, lelaki ada imaginasi mereka sendiri disebalik apa yang kita pakai tak kiralah bertutup atau tidak, malahan memang ada lelaki ghairah dengan perempuan yang jenis bertutup. Sebagai bukti, bolehlah pergi menyelidik segala genre porn di internet. Kalau faham bisa ya!


p/s Lelaki adalah makhluk yang pelik kalau melibatkan seksualiti. Kita perempuan tak mungkin akan faham.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...