Skip to main content

Jangan Menilai Perempuan Sebarangan

Hari tu aku ada Google pasal jenis-jenis perempuan then terjumpalah satu blog cerita yang hebat pasal perempuan seolah-olah macam dah expert. Aku tak lah nak melenting pun, cuma mungkin pandangan blogger tersebut agak kurang tepat kalau setakat menilai perempuan tu dari pandangan mata kasar dia jer.

Contohnya aku. Jika berdasarkan cara aku berfesyen, gaya dan pandangan rupa dan sebagainya yang dilihat secara fizikal memang tak dinafikan aku pernah dicop sebagai playgirl atau wild-lah sangat dan paling banyak pun orang cakap aku ni jenis yang banyak boyfriend or selalu bertukar-tukar boyfriend. Rasa lawak pun ada sebab yang sebenarnya aku ni jenis nerd kalau dikaitkan relationship dengan lelaki. Seriously noob!

Memang aku juga jenis perempuan yang bebas dan bukan sahaja jenis open minded dalam politik atau mana-mana idea tapi dalam segala hal. Tidak bermaksud juga aku jenis yang mudah dibawa "main" oleh mana-mana lelaki dengan sesuka hati. Nak kata perempuan jenis aku ni tak pandai masak, aku paling suka memasak terutamanya masakan dari simple ke complicated,

Nak kata perempuan jenis aku tak suka duduk rumah dan selalu balik lewat malam, well aku boleh tahan berminggu-minggu tanpa keluar rumah dengan menghabiskan masa belajar, main game dan buat kerja-kerja dalam rumah. Entah macamana boleh ada juga orang yang berfikiran singkat dengan hanya menghakimi dengan menggunakan mata mereka.

No wonder ramai orang yang selalu disalah erti gaya fizikalnya tak puas hati akan cakap "pakai tudung tapi perangai macam syaitan". Aku tak kata, orang yang kata. Malahan aku sendiri pun tak suka orang berkata begitu. Kiranya janganlah kita menilai sebarangan terhadap seseorang sampai melibatkan cara dia berpakaian, berfesyen atau apa-apa sahaja luaran dia. Bila kita sibuk nak marah orang kononnya nak bagi nasihat, kita sebenarnya dah rosakkan minda orang lain, mempengaruhi mereka dengan minda kita yang kotor. So, better stop all the hatred.

Kita sendiri belum pernah kenal mereka secara mendalam, belum pernah rasa sendiri senang susah mereka tidak perlulah berkata dengan rasa "pandai" seolah-olah kita ni expert dalam benda macam ni. Mengarang atau ber-blogging boleh tapi biarlah dengan fakta yang bernas dan logik, bukannya nak ambil traffic tinggi jer. Bila kita menulis sebarangan, kita menipu dan orang yang membaca pun percaya dan seterusnya akan sebarkan maklumat yang tidak bernas ke tempat lain, share sana, dan share sini. Tahu-tahulah kan apa akibatnya bila ada hidup orang musnah hanya disebabkan cara penulisan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...