Skip to main content

Khas untuk Insan Bernama KAWAN

Malam ni aku baru lepas berborak dengan kawan rapat sama UNIMAS. Punyalah panjang cerita, mungkin sebab lama tak jumpa. Lama juga tak lepak dengan kawan-kawan lama. Sejak aku menghabiskan sisa-sisa last semester ni, jarang jumpa kawan untuk lepak sebab masing-masing dah ada laluan sendiri. Aku pun selalu dah jadi alien masuk kelas orang sampai naik muak dah sebab jadi lone ranger.

Kalau nak tahu, aku ni jenis yang tak ramai kawan. Bukan sebab aku memilih atau apa, tapi nak cari yang sekepala tu susah sebenarnya. Lagipun aku bukan kaki mengumpat, mungkin sebab tu kot ramai yang tak nak kawan dengan aku. Ecehh. Bestnya bila kawan tak ramai ni, senang nak fokus seorang demi seorang. Jadi amat mudah bila berbuat baik dan menghargai orang disekeliling.

Aku ni pernah jadi anti-sosial masa sekolah menengah. Alaaaa, bukan anti mana pun, cuma tak laku dalam bab bersosial. Nampak jer muka macam liar tapi hati sunyi. No wonder, sampai umur pertengahan 20 baru tahu nak berkawan dengan lelaki. Bagi aku, kalau orang dah rapat dengan aku, aku dah anggap diorang macam family aku sendiri sebab diorang dah tau baik buruk aku, the best part bila diorang masih mampu terima aku yang tak senonoh ni (kadang-kadang lah yer).

kawan aku ni ada banyak jenis, walaupun sekepala tapi masing-masing perangai lain. Kebanyakkan kawan-kawan aku terdiri dari bangsa yang berlainan dari aku dan kebanyakkannya adalah bukan muslim sebab aku tak berapa ngam dengan golongan yang satu tu, aku pun tak tahu kenapa. Aku ada juga kawan-kawan Melayu, diorang semua baik sangat cuma mungkin idea, masa dan keadaan menjarangkan kami bersama selalu. Kalau kawan biasa-biasa tu bolehlah. 

Kadang-kadang krisis dalam hubungan kawan ni ada ditambah pula aku yang suka main-main kasar dan sometimes bercakap tak kena pada tempat. Kalau ada yang kecil hati tu, aku pujuklah macam boyfriend kedua diorang pula aku ni. So far, salute diorang masih mampu bersabar dengan aku. Kalau bab diorang ada lukakan hati aku tu, aku maafkan jer sebab aku sayang sangat dengan kawan-kawan aku. Aku tahu diorang tak sengaja.

Sebab tu aku belajar tak semudah itu nak lukakan hati kawan, sebab aku tahu sakitnya macamana. Bila dah makin dewasa, istilah kawan bagi seorang perempuan ni akan tertimbus dalam kenangan ditambah lagi bila dah jadi isteri dan mak orang.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...