Skip to main content

Orang yang Suka Melabel Perempuan Murahan

Sangat ramai yang suka mendefinisikan "perempuan murahan" dari segi cara pemakaian mereka serta menampilan mereka. Namun hanya sedikit yang mahu ambil peduli dengan attitude serta personaliti seseorang. Bagi mereka, penampilan melambangkan diri seseorang. Khasnya untuk kebanyakkan typical Malaysian. Cara pemikiran mereka yang agak sempit menjadikan pendapat mereka langsung tidak mengena dengan perkara yang sebenarnya terjadi.

Dicedok dari Google Image filem Amira & Sam

Ada banyak jenis perempuan dalam dunia ni, dengan penampilan yang cantik tapi perangai yang buruk macam;

Kalau kata-katanya kotor, suka melenting, menyumpah seranah, mengumpat dan menyebarkan fitnah. Begitu juga yang merasakan dirinya sombong dan riak bila menganggap dirinya alim atau holy dan sentiasa memandang rendah pada orang yang tidak setaraf dengannya.

Bagaimana pula dengan pemalas? Buat apa yang dia dan masyarakat rasa wajib perlu dibuat namun bila disebut pasal memasak, tolong mak ayah, kemas rumah, buat assignment, pergi ke kelas, suka mengular bila bekerja, curi tulang, semua orang buat tak tahu. Bagaimana dengan cara pergaulan? Penampilan nampak innocent tapi boyfriend dan beberapa kali bertukar tidak kiralah yang belum pernah bersentuhan, atau sudah tidur sama dan sebagainya.

Cuba tengok cara mereka bersosial dengan orang lain. Adakah mereka sopan atau kurang ajar atau cuma berlagak hipokrit (baik di depan, jahat di belakang). Adakah mereka hormat sesama manusia tidak kira baik atau buruk. Adakah mereka hanya melakukan kebaikkan bila berada di luar yang orang lain boleh tengok?

Bagaimana dengan cara pemikiran mereka? Adakah masih cetek atau jenis yang berfikir masak-masak dulu sebelum melakukan sesuatu. Adakah mereka materialistik? Cuma demand barang-barang berjenama yang mahal, handphone, bag, laptop dan sebagainya walaupun rasa diri tak mampu.

Rasanya semua perkara diatas, orang jarang nak pandang terutamanya jenis yang suka letak level pada seseorang. Berbalik pada topik asal, kalau menghakimi seseorang sama ada pemakaiannya bertutup semua atau tidak? Apa beza dengan orang yang suka menghakimi seseorang melalui kecantikkan muka dan tubuh badan yang menarik? Persamaan cuma satu, kita pentingkan rupa dan penampilan seseorang lebih dari hati dan attitude perempuan tu sendiri.

Bagi perempuan lain yang suka melabelkan spesis dia yang lain "murahan", are you good enough to say something like that? Of course not. Malahan jauh sekali dibawah level murahan.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...