Skip to main content

Dilemma Isteri atau Emak?

Tajuk diatas merupakan satu fenomena yang biasa berlaku dalam sebuah kekeluargaan. Family mana yang tak ada masalah, kemana-mana tempat pastinya ada saudara mara yang sampai bila-bila tak akan sukakan kita. Cuma kali ni, aku lebih suka sentuh bab isteri dan ibu sebab ianya melibatkan hanya seorang lelaki tapi memegang dua gelaran, iaitu anak lelaki dan juga suami.

Seringkali masyarakat selalu menyalahkan menantu jahatlah, mak mertua macam celakalah tapi jarang sebut tanggungjawab suami, yang merupakan punca sebenar masalah tersebut. Hubungan kekeluargaan antara menantu dan ibu mertua adalah dihubungkan oleh suami namun suami seringkali lepas tangan dengan beralasan sibuk bekerja dan sebagainya. Apatah lagi bila tinggal bersama dalam satu keluarga besar.

Bila masalah sebegini berlaku, lelaki atau suami perlu memainkan peranan mereka dan bukannya memburukkan lagi keadaan. Seperti yang orang ni menyebut "Ibu lebih penting dari isteri, suami lebih penting dari keluarga isteri sendiri". Bila disebut sedemikian, lelaki/suami automatik kena buat pilihan antara ibunya atau isteri. Well, itu satu tindakan yang bodoh kalau dah main pilih-pilih orang macam pilih sayur di market basah. Suami lebih tahu isteri, anak lelaki lebih tahu ibunya, kenapa berkeras berkahwin kalau ibu tak suka? Kenapa tinggal bersama dalam keluarga besar kalau ibu dan isteri tak serasi? Semudah itu nak end up relationship kalau berlaku masalah?

Sebagai lelaki, kita perlu agak apa yang akan berlaku. Jangan pula kerana ibu, kita bercerai. jangan kerana isteri, kita putus hubungan silaturahim dengan ibu. Apa-apa keputusan sebelum masalah ini terjadi adalah dibawah tanggungjawab seorang lelaki/suami. Bayangkan kalau kita memilih isteri kita dari ibu, sedangkan ibu melahirkan kita, membesar dan memberi kasih sayang pada kita. bayangkan pula kalau kita terpaksa memilih ibu, sampai hatikah kita dengan isteri yang sanggup susah dengan kita, sanggup menjadi pemuas nafsu di bilik tidur, sanggup hamil dan lahirkan anak untuk suami.

Masing-masing ada pengorbanan untuk insan bernama lelaki/suami, kenapa lelaki perlu memilih juga? Memang betul kadang-kadang yang mendesak itu isteri atau ibu, apatah lagi kalau mereka dikawal sepenuhnya oleh emosi mereka. Sebagai lelaki, fikir-fikirkanlah penyelesaian yang baik instead of menjadi terdesak macam isteri dan ibu sendiri.

Sumber dari Google Image

Memang ada isteri yang macam hantu, perangai buruk yang benci dengan mak mertua. Begitu juga yang ada mak macam syaitan suka buli menantu. Agak mustahil kalau suami tak tahu perangai isteri dan ibu dia sendiri kan? Sepatutnya, si lelaki sudah tahu apa akibat dari situasi itu dan SEPATUTNYA juga sudah sediakan jalan penyelesaian atau apa-apa sahaja perjanjian. Memang ibu patut diutamakan, tapi jangan berlebihan, jangan pula seorang-seorang. Bawalah isteri sekali dalam situasi bersama ibu supaya tidak juga rasa disisihkan. Sebagai lelaki yang ada "balls", janganlah duduk bawah ketiak mak lagi, ikut kata 24 jam macam robot (maksudnya, mak suruh tinggalkan isteri, dia pun pergi tingalkan macam orang kena bodoh dan sebagainya). Sebab itu kita dibagi akal, bukan untuk menderhaka tapi untuk jadi bijak. Jangan pula ikut telunjuk isteri sampai benda tak logik jadi logik. Act like a man, tapi gentle. Dalam hal ni, yang pegang keputusan adalah lelaki/suami walaupun ibu diutamakan. Seeloknya, dalam keutamaan, adil itu juga penting supaya tidak ada yang mengungkit.

Lelaki yang pandai kawal keadaan, sentiasa jadi pujaan wanita. Kalau bertindak seperti mana yang sebetulnya atau lelaki/suami jenis yang berterus terang (mostly lelaki ni suka simpan rahsia), mak akan respect dengan pilihan kita. Isteri akan taat pada kita bahkan bukan pada suami sahaja, pada ibu mertuanya juga. Sebab, pemikiran perempuan ni bukannya macam puzzle, semua benda mereka main agak, at the end of the story jadi salah sangka. Jangan saja jadi macam drama Indonesia atau drama Melayu yang tak habis-habis konflik.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...