Skip to main content

Orang yang Allergik Makan Daging Lembu

Hi. Rasanya, di Sarawak mungkin masih ada orang yang masih ber-mood Gawai almaklumlah hari ni hari Gawai yang ketiga. Start musim perayaan memang pelbagai jenis makanan yang disajikan disetiap rumah. Bila berjalan dengan kawan-kawan, memang sentiasa ada diantara mereka yang rambang mata. Mungkin kali ni aku boleh dikecualikan sebab aku allergik pada daging especially daging haiwan empat kaki macam lembu, kambing dan rusa.

Mungkin ada sesetengah mereka yang normal menganggap orang macam aku ni susah nak "bagi hidup" sebab memilih dalam bab makanan. Well, bukan aku minta semua ni terjadi. Namun begitu, aku bukanlah jenis yang memberontak atau tetap nak makan walaupun allergik. Aku rasa bersyukur sebab tak makan haiwan yang comel-comel, dan mungkin hikmahnya lebih bagus disebalik kekurangan aku ni.

Aku juga jenis Lactose Intolerance iaitu manusia yang tak boleh mengambil susu haiwan macam susu lembu sebagai minuman dan makanan. Sekirannya aku ambil juga, aku akan muntah kalau makanan atau minuman tu berbau susu, atau aku akan sakit perut sekiranya makanan tu tidak mengeluarkan bau walaupun aku dah makan. So far, aku masih boleh survive dengan makanan Malaysia yang banyak campur susu khususnya susu pekat, krim dan cair dalam tin, cuma lepas tu aku akan sakit perut tapi tak lama.

Kawan-kawan yang mengenali aku mungkin sebahagian mereka rasa pelik, sebab ada masanya walaupun aku Lactose Intolerance tapi masih dapat makan something yang bersusu. Jangan salah faham, sebab kesannya tetap akan terjadi selepas makan dan ramai kawan tak tahu pasal tu sebab aku tak nak diorang kecil hati incase kalau aku terpaksa juga makan sebagai contoh ABC, Kek Birthday atau makanan yang memang dah jadi favourite ramai.

Aku juga bukan jenis yang makan ikan air tawar sebab aku cepat rasa loya kalau ikan tu berbau tanah sama juga seperti bau sayur terung purple. Alangkah memilihnya aku dalam bab makanan kan? Sebab tu aku nak cari suami yang tak memilih makan, sebab mana tahu dia boleh makan benda yang aku tak dapat makan atau suami tak kisah makan apa yang aku makan.

Kesimpulannya, perasaan aku sebagai orang yang tak dapat makan banyak benda ni ialah aku redha dengan gembira. Aku macam suka sebab bila jadi macam ni sebab aku boleh berjimat dari segi kewangan cuma perasaan sakit dan gatal pada kulit adalah sesuatu yang ngeri bagi aku. Tiada penyesalan yang timbul, bila tak dapat makan daging aku relax jer dan keinginan nak makan tu pun dah terpadam buat selama-lamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...