Skip to main content

Peduli atau Tidak Peduli?

Salah satu cara orang zaman sekarang buat untuk happy-kan hidup mereka adalah dengan tidak mengambil peduli hal-hal luar seperti kesusahan orang lain, hal politik, hal negara dan sebagainya yang tiada kaitan dengan mereka. Namun keburukan nak jadi orang "positive" ni adalah sikap mereka yang pentingkan diri sendiri kerana slogan "I don't care" mereka.

Memang benar sekarang ni apa yang kita lihat tak semestinya benar apatah lagi yang dilihat di media sosial. Kadang-kadang bila nak jadi orang yang mengambil berat tentang perkara yang berlaku di sekeliling, kita selalu ditipu oleh rencana kesusahan orang luar dan kebajikan orang politik. Sampailah kita rasa kita tertekan dengan orang yang memerhati tingkahlaku kita, dan mentertawakan kita sekiranya kita tertipu.

Tapi, bila kita ambil langkah tidak peduli, pasti akan ada orang yang betul-betul susah dan perlukan pertolongan serta perhatian kita. Kalau zaman dulu, nak jadi manusia just straight jer. Zaman sekarang, dah macam-macam agenda sampai yang baik nampak jahat dan yang jahat nampak baik.

Aku rindu nak jumpa orang yang baik-baik, maksud aku, yang betul-betul baik sebab aku tahu yang kuat agama tak semestinya baik, belajar sampai pandai tak semestinya baik, berkerjaya tinggi dan banyak duit tak semestinya baik, dan orang yang dikatakan "baik" tak semestinya baik dengan kita. 

Apa guna kebahagian kalau cuma dikongsikan sesama sendiri sahaja terutamanya kekayaan dan ilmu kita. Janganlah jadi kedekut, berbaktilah meskipun dibalas dengan sia-sia. Mana tahu akan ada orang yang betul-betul memerlukan.

Mungkin sikap tidak ambil peduli itu boleh, tapi biarlah dengan kena dengan tempat dan orangnya, bukan secara terburu-buru, bak kata "Orang lain yang buat dajal dengan kita, orang pula yang kena dajal dari kita".

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...