Bulan ni blog aku belum lagi ber- update . Sejak dah habis study ni, aku ada malas sikit nak online pakai laptop , maklumlah laptop hanya perlu untuk main game dan buat assignment . Setakat ni aku belum ada benda menarik nak dikongsikan. Maksud aku kehidupan personal aku berjalan dengan lancar sahaja, tidak apa berlaku apa-apa masalah. Kalau dulu punyalah stress dengan masalah peribadi ditambah lagi prestasi pelajaran yang berjalan ibarat roda, sekarang ni dah baik-baik saja. Aku rasa sepanjang masa aku bergelar pelajar, hidup aku cukup terumbang-ambing sebab tidak pasti bagaimana masa depan aku. Aku sentiasa risau kalau-kalau aku gagal dalam hidup hanya kerana aku tidak berjaya habiskan pelajaran aku. Bab kahwin ni masih jauh lagi perjalanan aku. Walaupun bersama dengan partner dah 5 tahun, kami masih diibaratkan pasangan setahun jagung. Mungkin sebab masing-masing masih berusaha mencari rezeki yang bagus. Diharap hubungan ini berkekalan sampai bila-bila, dan setakat ni banyak l...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan