Bulan ni blog aku belum lagi ber-update. Sejak dah habis study ni, aku ada malas sikit nak online pakai laptop, maklumlah laptop hanya perlu untuk main game dan buat assignment. Setakat ni aku belum ada benda menarik nak dikongsikan. Maksud aku kehidupan personal aku berjalan dengan lancar sahaja, tidak apa berlaku apa-apa masalah.
Kalau dulu punyalah stress dengan masalah peribadi ditambah lagi prestasi pelajaran yang berjalan ibarat roda, sekarang ni dah baik-baik saja. Aku rasa sepanjang masa aku bergelar pelajar, hidup aku cukup terumbang-ambing sebab tidak pasti bagaimana masa depan aku. Aku sentiasa risau kalau-kalau aku gagal dalam hidup hanya kerana aku tidak berjaya habiskan pelajaran aku.
Bab kahwin ni masih jauh lagi perjalanan aku. Walaupun bersama dengan partner dah 5 tahun, kami masih diibaratkan pasangan setahun jagung. Mungkin sebab masing-masing masih berusaha mencari rezeki yang bagus. Diharap hubungan ini berkekalan sampai bila-bila, dan setakat ni banyak lelaki handsome diluar sana belum mampu menggugat kesetiaan aku. Aku pun mahu dia juga begitu.
Okay-lah, Bye.
Comments
Post a Comment