Skip to main content

Aku Bukan Gadis FANCY

Memang lumrahnya perempuan sangat suka pada kecantikkan dan barang-barang perhiasan tapi tak semuanya bernasib baik untuk memiliki apa yang mereka mahu. Semua tu, hot stuff dan maintenance untuk kecantikkan diri memang banyak perlukan duit.

Tidak terkecuali aku. Kalau bab kecantikkan dalaman, aku memang terpaksa pentingkan dulu. Tapi bila bab-bab barang kemas, baju cantik, kasut tinggi, makeup, dan sebagainya, aku kadang-kadang tak kisah. Kalau ada, baguslah. kalau tak ada, apa boleh buat. Kadang-kadang keluar rumah selamber badak tak pakai apa-apa dekat kulit muka kecuali sedikit toner, pelembap muka atau UV sunblock.

Kalau bab pakaian, akulah antara perempuan yang balik-balik pakai baju yang sama. Aku tak ada kasut-kasut yang mahal-mahal macam kawan-kawan aku dulu sampai setiap kasut dia sama warna baju dia (korang bayangkan kasut dia ada berapa). Aku punya wallet macam orang dah ketinggalan zaman, murah dan tengah-tengah tempat letak duit tu koyak rabak sekarang ni. Sampaikan aku rasa menyesal jadi perempuan sebab sangat tak sesuai dengan kehidupan aku sekarang ni.

Setakat ni, aku cuma ada apa yang aku perlukan saja dan bersyukur dengan natural beauty (kononnya nak sedapkan hati sendiri) yang sedia ada. Tunggu bila aku dah kerja bagus-bagus nanti baru terfikir nak upgrade-kan diri.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...