Skip to main content

Coretan Sebagai Alumni UNIMAS

First aku nak ucapkan selamat hari konvokesyen kepada semua pelajar yang telah berjaya menghabiskan pelajaran mereka di mana-mana universiti khususnya di UNIMAS. Selamat menjadi alumni UNIMAS buat aku juga, cuma yang bezanya antara aku dengan yang lain ialah aku tak datang meraikan hari konvokesyen aku. Aku tak tahu berapa ramai lagi macam aku ni sampai staff dekat kaunter UNIMAS pun tanya kenapa tak datang konvo.

Memang aku ada hati nak pergi konvokesyen aku. Pakai jubah dan topi segi empat, bergambar dengan mak dan ayah. Auw, dah imagine dah.. Indah sangat tapi tak apalah. Mimpi tu biarlah kekal sebagai mimpi.

Nak datang konvokesyen ni bukan murah seringgit dua pun. Aku yang tak datang konvo kena bayar rm100, yang pergi konvo bayar dalam rm160. Walaupun ramai yang anggap setakat rm60 tu apalah sangat. Well, bagi aku itu dah cukup buat mak dan ayah aku terpaksa ikat perut seminggu. Belum lagi dengan kos tempat penginapan, makan minum, transport since family aku duduk jauh dari Kuching. Al-maklumlah, yang bekerja cuma bapak aku seorang jer.

Then, aku pula masih kehulu-kehilir cari kerja. FYI, aku tak cari yang setaraf degree pun sekarang cuma nak cari pengalaman dulu di level SPM. Nasib baik hari tu dah diterima bekerja cuma sekarang belum start kerja lagi. So, kena ikat perut sampai at the end of December ni.

Lagipun, memang aku dah plan awal-awal tak nak pergi konvokesyen. Bukan hanya sebab duit saja tapi sebab hubungan aku dengan certain-certain lecturer tak berapa baik. Some of them memang ada pandang rendah dengan aku, then mana tahu time konvokesyen tu, deep in their heart bagitahu "Ouh.. Tu rupanya mak dan bapak si sanu ni". Aku tak nak mak dan ayah aku dipandang hina macam orang pandang aku sekarang. Just, cukuplah aku seorang yang kena layan macam tu, aku seorang sanggup tebalkan muka hadapi kerenah orang.

Lumrah kita sebagai student, memang akan ada pengajar yang tak akan sukakan kita. Walaupun kita tak sengaja buat salah, kita minta maaf dan sebagainya. Kita berusaha separuh mati, tapi orang buat tak nampak. Bila timbul masalah, baru orang tengok kita dengan muka benci. Dalam dugaan aku cuba menghabiskan pelajaran, aku terpaksa balik tengah malam, datang UNIMAS dalam jam 4 pagi sebab ikut waktu driver bekerja (driver kerja shift), terlalu penat sampai tertidur dalam CAIS, tak makan sebab tak cukup duit sampai kena gastrik dan sebagainya. Mungkin sebab aku ni batch solo, dan lecturer pula fikir apa-apa hal pun boleh rujuk dengan kawan. Kalaulah mencari kawan itu sangat mudah kan. Ni tidak, hantar text tanya pasal assignment dan sebagainya. Sampai mereput tak pernah reply. Hujung cerita, aku juga dipersalahkan sebab tak usaha lebih.

Aku just student yang levelnya cuma ditengah-tengah. Tak pandai pun. That's why memang akan ada orang yang berat sebelah. Aku tak kisah sebab aku dah biasa lebih-lebih lagi kalau yang sama bangsa aku (aku pun tak tahu kenapa, atau cuma kebetulan?). Tapi apa yang penting, mereka tak pernah rasa apa yang aku rasa, dengan peritnya, dengan sindiran, dengan minda mereka yang judgmental.

Sampaikan satu saat, aku hilang rasa nak belajar dalam sains ni dan bertekad nak kerja bahagian management jer. Orang sains yang rasa diri mereka pandai ni kalau tengok orang biasa-biasa macam kita ni, di muka mereka dah lama tertulis "you know nothing!" Betapa susahnya aku nak sesuaikan diri dari bidang medic yang dulunya ke bidang sains sumber.

Student lain berpusu-pusu nak kan result yang cemerlang, ada yang bersaing sesama kawan, ada yang nak impress lecturer. Bila datang student lemah lain nak minta tolong ajar, diorang selamber badak cakap "I don't know" padahal diaorang dah khatam dah subject tu. Minta tolong lecturer tak semua ada masa terluang, ada yang kena marah balik pun ada. Tapi setakat yang aku pernah alami, lecturer yang lain semua baik-baik jer.

That's why aku prefer direct jumpa lecturer kecuali kalau lecturer tu memang aku tahu dia tak suka dengan aku pun. Ada lecturer, kalau baik, baik sangat macam malaikat. Aku harap golongan mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia tak kira apa jua keadaan. Aku juga berharap aku boleh berjaya suatu hari nanti untuk balas jasa-jasa mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...