Skip to main content

Kehidupan Umur Hujung 20an


Hari tu masa di tempat kerja, ada saleslady datang ke office kami dan berjumpa dengan aku, Masa tu kami berbual panjang pasal topik luar, entah kenapa pula kami beralih ke topik umur masing-masing. Dia tengok muka aku dan cakap umur aku macam orang baru nak masuk 20an. Tiba-tiba aku rasa gembira sebab perasan diri masih muda padahal umur dah nak mencecah 30 dalam masa 3 tahun. Aku juga pernah mengalami satu kejadian di mana aku dan partner aku makan diluar dan kami didatangi oleh seorang perempuan berumur 50an nak buat promosi pasal parti politik mereka. Aku dengan selamba nya cakap dekat dia yang umur aku belum masuk 21 tahun hanya kerana aku tak nak dengar dia berleter. Lepas tu dia pun percaya dan berlalu mencari mangsa lain. Mak aku pula selalu suruh aku sambung belajar lagi sebab dia rasa aku masih muda.

Partner aku pula seorang lelaki yang baik dan memang ada effort untuk buat plan masa depan kami berdua. Cuma kadang-kadang aku rasa kurang yakin dan belum ada perasaan yang mendalam tentang hal ini walaupun selalu cakap dengan dia pasal masa depan kami. Aku sentiasa berfikir kalau-kalau aku terkahwin dengan orang yang salah. Sangat banyak single mother/father yang kena survive sendiri di luar sana. Itu belum termasuk yang sudah ada anak. Tempat kerja aku pun berlambak dah janda-janda akibat dari perkahwinan yang gagal.

Atau mungkin sebab taste aku masih tinggi, aku pun tak tahu. Kebanyakkan kawan-kawan aku pun belum berkahwin dan belum mempunyai teman lelaki. Tapi, aku pun ada berfikir juga, kalau semua kawan aku dah kahwin, mesti aku kesunyian sebab kehidupan orang dah kahwin ni tak sama macam kehidupan bujang. Tapi aku juga harapkan mereka akan temui kebahagian mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...