Skip to main content

Trend Baru dan Internet

Dah lama dah aku tak melawat blog ni. Bukan sebab tak ada masa, aku malas nak buka blog dan tak ada idea nak kongsikan cerita. Sekarang ni, zaman dimana kita tak perlu pakai PC pun selain untuk kerja penting untuk surf internet. Blogging ni pun adalah trend masa 6 atau 7 tahun yang lepas, dimana Facebook tidak terkenal seperti sekarang.

Kebanyakkan entri blog aku taip dan post melalui handphone aku. Kalau ada masa terluang yang panjang, aku akan guna laptop. Tak kisahlah berapa panjang entri yang aku buat, kadang-kadang letak gambar yang tak ada kaitan dengan isi entri dan aku pun tak tahu kenapa. Selain dari blog, aku juga aktif dekat Instagram, Twitter dan Facebook. Wechat tak berapa nak aktif dan Youtube pun dah jarang sebab malas nak upload video.

Kehidupan aku yang selebihnya aku habiskan waktu dengan bekerja. Baru-baru ni aku ada potong rambut stail helmet pakcik makcik. Sebelum ni, aku dah simpan rambut dah 5 tahun dah kalau tak silap. Tiba-tiba, terasa pula nak berambut pendek sebab hujung rambut aku rosak, kurang vitamin, banyak terdedah dengan bahan kimia yang panas dan tak ada masa nak uruskan rambut panjang ala-ala puteri dengan treatment. 


Untuk sedapkan hati sendiri, orang yang berambut pendek ni buat muka nampak lebih muda berbanding yang berambut panjang. Selain dari tu, muka nampak lebih comel tapi hanya sesuai dengan orang-orang tertentu saja. At the end, macam aku terkecuali dengan ciri-ciri diatas. Jangan terpedaya dengan gambar diatas, gambar tu dipilih setelah beberapa ratus kali cubaan selfie diambil. kalau tak kena dengan angle, memang tak kemana juga muka ni.

Bilalah aku nak kurus ni? *Sambil mengeluh

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...