Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...

Jadi Pekerja Buat Sehabis Baik pun Salah

Hi, aku nak share satu cerita pasal diri aku, kali ni topik nak angkat bakul sendiri jer sebab tiada siapa-siapa yang nak puji. Tapi, taklah puji melangit-langit sangat. Aku sekarang pun kerja baru setahun. Sedar tak sedar, aku bangga jugalah dengan diri sendiri sebab aku rasa aku antara pekerja yang dapat siapkan kerja dalam masa yang cepat dengan kualiti yang tinggi dan kurang terjadinya kesilapan. Aku sentiasa set dalam minda, setelah kerja habis baru boleh relax. Bukan sambil relax sambil kerja atau relax dulu baru kerja disaat akhir atau paling teruk kerja cuma bila ada boss. Aku juga bukan jenis yang suka tangguh kerja melainkan 8 jam kerja tu tak cukup, aku akan bawa ke hari kemudian. Aku tak suka kerja lebih masa walaupun kadang-kadang aku ada buat sekali-sekala bergantung dengan jumlah kerja yang aku terima. Dekat tempat kerja aku sekarang ni okay , sebab kerja lebih masa memang akan dibayar, cuma dulu pernah terjadi satu kes dimana aku dilupakan dalam permbayaran O.T. . ...