Skip to main content

Jadi Pekerja Buat Sehabis Baik pun Salah

Hi, aku nak share satu cerita pasal diri aku, kali ni topik nak angkat bakul sendiri jer sebab tiada siapa-siapa yang nak puji. Tapi, taklah puji melangit-langit sangat. Aku sekarang pun kerja baru setahun. Sedar tak sedar, aku bangga jugalah dengan diri sendiri sebab aku rasa aku antara pekerja yang dapat siapkan kerja dalam masa yang cepat dengan kualiti yang tinggi dan kurang terjadinya kesilapan. Aku sentiasa set dalam minda, setelah kerja habis baru boleh relax. Bukan sambil relax sambil kerja atau relax dulu baru kerja disaat akhir atau paling teruk kerja cuma bila ada boss.

Aku juga bukan jenis yang suka tangguh kerja melainkan 8 jam kerja tu tak cukup, aku akan bawa ke hari kemudian. Aku tak suka kerja lebih masa walaupun kadang-kadang aku ada buat sekali-sekala bergantung dengan jumlah kerja yang aku terima. Dekat tempat kerja aku sekarang ni okay, sebab kerja lebih masa memang akan dibayar, cuma dulu pernah terjadi satu kes dimana aku dilupakan dalam permbayaran O.T.. Ada juga yang suka ambil kesempatan tak kiralah boss ataupun pekerja. Aku perhatikan masing-masing mereka cuba mengambil kesempatan antara satu sama lain dan di akhir cerita sering kali aku yang jadi mangsa sebab aku bukan jenis yang terlalu berkira. 

Tapi, masalahnya jika diri terlalu baik pasti akan ada yang ambil kesempatan seperti yang aku bagitahu tadi. Kadang-kadang susah nak buang fikiran negatif mereka tak kiralah siapa-siapa saja. Kawan aku pernah bagitahu, dia bekerja ada masanya tidak pernah berkira pasal duit gaji. Kalau kerja lebih masa sekalipun setakat 15 minit jer tak perlulah kebulur nak lanjurkan sampai berjam-jam dengan selebihnya kerja goyang kaki. Aku pun setuju dengan kawan aku, bahkan pihak atasan juga tidak perlulah mengambil kesempatan dengan menganggap pekerja yang kurang jumlah O.T.nya tidak banyak kerja seperti yang lain. 

Gambar ni adalah sebelum aku turun kerja

Kesimpulannya, jadi pekerja yang terbaik pun susah. Nanti kalau jadi pekerja jahat, salah pula. Mungkin sebab manusia yang menilai dan melakukan pekerjaan, jadi tidak hairanlah banyak perkara yang berat sebelah. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...