Suatu masa dahulu, mak aku pernah tanya aku, Kenapa aku tak nak kawan dengan muslim? Aku tak ingat apa yang aku bagitahu dengan mak aku, tapi aku rasa itu satu-satunya soalan yang tersangat banyak jawapan tapi susah nak cakap. Lepas habis sekolah menengah dulu, aku masuk kem PLKN. Aku tak pernah ada kawan baik muslim. kalau sekadar kawan biasa-biasa memang ada. Aku ni selalu jadi mangsa umpatan kalau berkawan dengan golongan mereka, sebab mereka menilai seseorang based on mereka punya ajaran kepercayaan. Aku pernah dengar satu frasa dari seseorang yang mengatakan jangan sesekali menjadikan non-muslim sebagai ketua atau penolong kepada muslim kerana mereka tidak boleh dipercayai. Aku pun jadikanlah frasa tu sebagai petunjuk aku dalam bentuk vice versa kerana aku tahu kebanyakkan muslim yang aku kenal banyak yang bercakap tak pandang kiri kanan. Kadang-kadang aku rela duduk seorang-seorang dari terseksa rasa dikhianati, disebabkan kita ni lain dari mereka tak kira dari segi penampilan...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan