Skip to main content

Aku Tak Nak Kawan Dengan Muslim?

Suatu masa dahulu, mak aku pernah tanya aku, Kenapa aku tak nak kawan dengan muslim? Aku tak ingat apa yang aku bagitahu dengan mak aku, tapi aku rasa itu satu-satunya soalan yang tersangat banyak jawapan tapi susah nak cakap. Lepas habis sekolah menengah dulu, aku masuk kem PLKN. Aku tak pernah ada kawan baik muslim. kalau sekadar kawan biasa-biasa memang ada. Aku ni selalu jadi mangsa umpatan kalau berkawan dengan golongan mereka, sebab mereka menilai seseorang based on mereka punya ajaran kepercayaan. Aku pernah dengar satu frasa dari seseorang yang mengatakan jangan sesekali menjadikan non-muslim sebagai ketua atau penolong kepada muslim kerana mereka tidak boleh dipercayai. Aku pun jadikanlah frasa tu sebagai petunjuk aku dalam bentuk vice versa kerana aku tahu kebanyakkan muslim yang aku kenal banyak yang bercakap tak pandang kiri kanan. Kadang-kadang aku rela duduk seorang-seorang dari terseksa rasa dikhianati, disebabkan kita ni lain dari mereka tak kira dari segi penampilan dan pemikiran. Tapikan, aku juga pernah jumpa muslim yang sangat baik. Salah satunya adalah roomate aku masa UNIMAS. Bagi aku, dia jenis yang open minded dan bukan jenis yang suka cakap belakang orang. Dia tahu aku jenis manusia yang macamana, dan dia tidak kisah pun. Aku hormat dia sebagaimana dia hormat aku. Masa aku buat thesis degree juga, aku ada berkawan dengan beberapa orang muslimah dari Semenanjung Malaysia iaitu labmate aku. Mereka sangat baik, kuat agama dan sentiasa berfikir positif. Tapi hubungan persahabatan itu cuma bermusim sebab kami lama terpisah lebih-lebih lagi bila habis belajar.


Aku kalau bab berkawan, aku tak pernah memilih. Aku boleh berkawan dengan siapa-siapa saja yang penting hubungan persahabatan itu berkualiti. Sebagai contoh, bila kawan-kawan ada bermacam-macam jenis, jangan lah dipaksa untuk jadi macam kita. Cukuplah sekadar terima dia apa adanya. Kita tidak tahu bagaimana dia dibesarkan, dan apa pengalaman yang dia alami sebelum dia berjumpa dengan kita. Lainlah kalau dia terlibat dalam aktiviti jenayah yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain, kita buatlah apa yang patut dengan cara tidak agresif. kalau sudah tidak mampu, jarakkanlah diri kita dengan mereka. Aku akui kebanyakkan kawan baik aku adalah non-muslim, walaupun jauh sampai beribu batu. Mereka tetap kawan yang sentiasa diingati, yang pernah tidur sama-sama, shopping sama-sama, movie, makan, berkongsi rahsia dan sebagainya. Malahan kalau hanya mampu berjumpa sekali dalam beberapa bulan, bila berbual, boleh sampai ke tengah malam. Itulah yang mak aku tidak tahu apa yang aku alami, dan aku pun malas nak terangkan dengan dia. Aku kasihan dengan mak aku sebenarnya, aku akui dia banyak berfikir negatif terhadap non-muslim, dia katakan gaya hidup aku sekarang disebabkan aku berkawan dengan non-muslim sedangkan kawan-kawan aku punya lifestyle jauh sekali berbeza dengan aku. Bahkan ada kawan non-muslim aku yang kaki pergi church dan ikut aktiviti church. Aku pun hairan kenapa dia boleh berfikir negatif sampai macam tu sedangkan dia pun dulu pernah bergelar non-muslim. Adakalanya aku bimbang dia mudah terpengaruh dengan live show dari kaca TV yang berunsur fanatik. Mak aku seorang yang tidak bersalah, tidak ramai kawan dan hanya duduk dirumah di kebanyakan masa.

Aku berharap mak aku akan berjumpa dengan kawan baik tak kira apa agamanya suatu hari nanti. Aku tahu pengalaman berkawan dengan muslim banyak memberi kenangan pahit untuk aku, tapi bukan bermaksud semua muslim itu jahat. Kadang-kadang aku ada dilayan teruk oleh non-muslim. Agama kalau nak diikutkan, janganlah dikaitkan dalam hubungan persahabatan. Semua penganut tidak kira agama bebas berkawan dengan siapa saja, asalkan jangan khianati rakan sendiri hanya kerana tidak berkenan dengan penampilan atau apa yang ada pada mereka. Kalau tak nak kawan, tolong diam dan jauhkan diri saja. Tidak perlu panjangkan cerita. Dekat universiti, banyak dah aku jumpa pelajar yang berkawan ikut bangsa dalam kumpulan. Entahlah, susah nak cakap dengan pemikiran orang ni.

Aku faham niat mak aku suruh aku cuba berkawan dengan orang yang alim ni, dia nak suruh aku jadi baik tapi dia tak tahu jadi alim tak semestinya baik. Aku baik dengan cara aku sendiri, aku tak teringin pun nak jadi seorang yang berpegang teguh dengan kepercayaan untuk aku jadi manusia yang baik dan aku pun tak faham kenapa orang selalu salah sangka dengan penampilan aku. Kalau nak diikutkan, pakaian aku bukan branded pun, pakai seluar macam nak pergi terjun renang, kadang pakai jeans kalau rasa lemak kaki macam kaki babi, lepas tu baju besar gajah. Rambut pula panjang, warna rambut cuma satu warna, tak ada pula warna-warni. Part mana pula penampilan aku liar dan playgirl.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...