Skip to main content

Berputus Asa Dalam Hidup

Tidak semua dari kita dilahirkan dengan hati yang kuat. Kadang-kadang masalah kecil pun mampu buat mereka merana. Kalau sudah memiliki kekuatan untuk menempuh bermacam cabaran, janganlah pula dijadikan tiket untuk mengecam mereka yang lemah. Kita pun tidak tahu nasib kita dikemudian hari kelak.

Bulan lepas, aku ada baca satu cerita mengenai seorang remaja perempuan di sosial media yang stress dan dia berharap sangat dia bunuh diri. Bila tengok komen dari netizen, semuanya mengecam dia tanpa ada rasa belas kasihan. Bahkan ada yang menggalakkan remaja tersebut teruskan niatnya untuk membunuh diri. Apa yang paling menarik, pengomen-pengomen tersebut adalah dari golongan yang berpegang kuat kepada kepercayaan mereka. Aku ingatkan benda ni boleh jadikan mereka orang yang baik, suka membantu dan memberi semangat pada orang yang lemah. Sangkaan aku mereset.

Sekiranya bunuh diri itu terjadi, yang mati selamanya akan jadi mangsa. Pembunuhnya adalah penyebab mereka membunuh diri. Jadi, hati-hati bila memberi kata-kata jahat dengan orang. Hati manusia kadang-kadang rapuh, bila kita suruh mereka pergi mati. Ada yang sanggup lakukan tanpa berfikir panjang.

Adakalanya aku merasa lucu bila ada sebilangan netizen menggelarkan mereka yang mengalami depresi sebagai pendosa tanpa melihat dulu diri sendiri di cermin. Bagaimana sesuatu yang mereka percaya, pada masa yang sama boleh dikenakan ke atas orang lain yang tiada kaitan dengan apa yang mereka pegang. Kalau sekalipun ada kaitan, perlukah kita sama sekali ikut ke "neraka" bersama, kalau dari apa yang mereka percaya.

Aku tahu ada juga sesetengah orang suka mengambil kesempatan dengan mengatakan mereka mengalami depresi dan bagitahu semua orang, mereka nak bunuh diri hanya kerana dahagakan perhatian. Aku lebih suka kalau perkara ni disiasat secara mendalam dan bukan hanya melalui media sosial. Dari situ barulah kita tahu apa yang berlaku sebenarnya. Lagipun, kalau betul ingin membantu, lebih baik berdepan sahaja. Sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...