Skip to main content

Aku tak Salahkan Sesiapa Dalam Hal Ini

Semalam, aku ada baca satu confession dari IIUM Facebook page berkenaan dengan seseorang yang telah hilang kepercayaannya dengan apa yang dia pegang sejak lahir. Dia juga ada cerita bagaimana dia jadi seperti sekarang, proses-proses dan sebagainya. Aku juga ada baca pengomen-pengomen untuk confession tu, banyak yang salahkan mak bapak dia sebab jahil dalam ajaran mereka, ada yang komen confessor tu bodoh, keliru dan macam-macam lagilah kata-kata yang jahat. Tahu-tahu sajalah kan.

Tiba-tiba jer aku teringat dekat diri sendiri. Tapi cerita aku berbeza. Apa yang dia fikir lain, begitu juga dengan aku walaupun akhiran cerita kami berdua lebih kurang sama. Aku tahu dia sebenarnya tidaklah nak menyalahkan mak bapak dia 100% dalam hal ni. Kalau jalan itu adalah kemahuan dia, tiada siapa-siapa yang dapat dipersalahkan. Bagi aku, menukar kepercayaan itu tidak salah, ia tiada kaitan dengan orang lain. Ia adalah siapa diri kita yang sebenar. Aku kenal banyak yang orang yang kuat kepercayaannya tapi kecundang di hujung cerita. Ada yang menukar kepada pegangan lain dan menjadi ketua kepada kepercayaan tersebut. Hidup mereka gembira dan lebih tenang selepas itu, tiada yang keliru atau sesat selagi kita tahu apa yang kita mahu.

Ada sesetengah penganut berfikir kalau tiada siapa yang patut disembah, maka hidup tiada haja tuju, jiwa kosong, kesunyian, kesedihan, murung dan macam-macam lagilah dari pandangan mereka. Aku pun tak tahu kenapa mereka suka terlebih memberi respon dan komen jahat pada hidup orang lain. Bagi aku, kalau nak bagi nasihat boleh saja, tapi dengan sopan, jangan sombong dan jangan jahat kata-kata. Tiada siapa mahu mendengar patah kata dari orang yang jahat dengan kita. Kalau mereka masih dengan apa yang mereka mahu, janganlah dipaksa kerana hati dan otak tidak boleh menipu.

Macam aku disini. Mak dan ayah aku jenis yang biasa-biasa dalam kepercayaan mereka. Aku jadi seperti sekarang adalah bukan sebab cara mereka didik aku sahaja, tapi pengalaman yang aku alami menjadikan aku sekarang. Orang di sekeliling serta pengomen-pengomen tegar dan layanan mereka juga memberi impak besar kepada apa yang aku rasa selain dari rasa ingin tahu, rasa kebenaran, rasa berfikir secara terbuka. Itu pilihan aku, dan aku tidak dahagakan perhatian dari itu, kerana hanya segelintir yang tahu sisi lain aku. Kadang-kadang rasa terseksa juga dilihat sebagai "penganut yang jahat" oleh orang lain sedangkan aku bukan lagi sebahagian dari mereka.

Aku cuma harap hentikanlah rasa insecure dalam diri masing-masing lebih-lebih lagi jika melibatkan pilihan hidup orang lain meskipun ada kepercayaan yang memaksa berbuat begitu. Ia bukanlah suatu alasan untuk memonopoli manusia lain. Kuantiti bukan bermaksud kita kuat, apalah guna angkanya ramai tapi banyak yang ingkar. Bukankah kualiti itu lebih penting lagi?

Hidup di negara ini kadang-kadang buat aku rasa takut. Aku takut sekiranya keganasan dan pembunuhan akan terjadi dari perkara ini. Betapa besarnya nilai kebebasan untuk satu-satu individu. Mungkin generasi kami sekarang kurang bernasib baik walaupun penindasan tidak didendangkan kerana media yang berat sebelah. Suara kami mungkin disembunyikan dan hanya kedengaran di sesetengah tempat itupun terpaksa berdiri di belakang tabir untuk keselamatan diri dan orang tersayang. Aku harap generasi kami akan datang tidak perlu melalui perkara menyakitkan seperti ini.


Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...