Skip to main content

Impian Aku

Aku duduk depan PC memikirkan perkara yang patut aku sampaikan hari ni. Tak lama lagi dalam masa 2 tahun, aku dah cecah umur 30 tahun dan dalam pada itu juga, aku terasa diri aku gagal sebab belum ada pencapaian yang membanggakan sehingga sekarang. Aku tak dapat apa yang aku mahu, tak boleh jadi apa yang aku nak dan tak dapat bersama dengan orang yang mempunyai ciri-ciri yang aku impikan.

Mungkin impian aku terlalu besar untuk dicapai, atau mungkin aku terlalu berharap. Aku dah belajar sehabis yang boleh, dah cari kerja merata-rata untuk dapatkan hasil yang terbaik, tapi tak semua nasib itu menyebelahi. Hidup yang aku impikan rasanya dah boleh dikuburkan lebih-lebih lagi kalau yang musahil untuk dicapai. Aku jenis yang open minded, jadi aku tak perlu bingung kalau aku gagal dalam hidup, pandai-pandailah aku adaptasi dengan apa yang aku ada sekarang. Nak jadi aki ni kena pandai terima nasib malang, nasib tuah tu jarang nak singgah. Dah lah dilahirkan dalam keadaan yang tidak redha kerana apa yang dia percaya sudah ditentukan awal-awal oleh orang lain. Kena brainwash habis-habisan sebelum tersedar, itupun dah tua baru sedar. Lepas tu kena lalui zaman-zaman yang mencabar yang langsung tidak memberi manfaat melainkan pengalaman sebagai pengajaran, dan sekarang kena struggle untuk hidup yang baik. Orang lain pula dah berjaya dalam usia muda.

Ekonomi sekarang pun dah tak tentu. Lama-kelamaan macam tak ada harapan jak, sebab semua orang tengah berusaha nak hidup. Sekarang ni pun dah 2 hari dah Ketua Menteri kita, Adenan Satem meninggal dunia. Kadang-kadang rasa seram memikirkan apa yang bakal berlaku dalam negeri Sarawak ni, sebab takut jadi macam tempat-tempat lain yang sedang mengalami korupsi.


Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...