Skip to main content

Kelemahan Aku

Setiap daripada kita mempunyai kelemahan tersendiri. Selagi mana kita masih bernafas dan teruskan hidup, selagi itulah kita tidak dapat lari dari berbuat kesilapan. Sama seperti aku, kalau dah nama kaki buat salah. Aku akui aku jenis yang banyak kelemahan, sebab tu sentiasa buat kesilapan yang sama berulang-ulang.

Kelemahan yang paling aku susah nak elak ialah, sentiasa menjadi mangsa diperbodohkan. Niat dihati nak menolong, tapi apakan daya, kebaikan selalunya dibalas dengan kejahatan. Aku pun tak tahu kenapa aku selalu kena macam tu, aku terlalu percayakan orang, kadang-kadang aku tak teragak-agak nak menghulurkan bantuan, aku share semua perkara dengan mereka, kadang-kadang tak sengaja ter-share rahsia aku, aku sentiasa memulakan perbualan, aku bagi topik, dan aku buat macam-macam perkara. Aku tak tahulah dimana silapnya, sampai aku dilayan dengan teruk. Tapi, bila aku tak nak tolong, jadi tak mesra, atau buat tak peduli, orang akan label aku sebagai manusia yang tak berperikemanusiaan. Kalau jadi baik pula, dipermainkan dan orang di sekeliling yang memerhatikan akan ketawa melihat kebodohan aku. Kan bagus kalau aku ada superpower dimana aku boleh lihat niat dan masa depan mereka-mereka ni sebelum aku nak berikan pertolongan.

Kelemahan seterusnya ialah aku tidak hidup didunia realiti 100%. Aku belajar, aku pergi kerja, aku bersosial, tapi jiwa aku mostly di awan-awangan. Aku suka berangan sampai aku berimaginasi ada kehidupan sendiri yang aku impikan. Aku sedar yang aku macam tu, aku kadang tak dapat kawal, harap saja aku tak kemalangan disebabkan terlebih berangan. Apa yang aku dapat katakan, aku masih macam budak-budakkan. Pernah tengok movie "The Secret Life of Walter Mitty"?

Aku juga seorang yang cepat beremosi kalau melibatkan orang yang aku sayang. Nangis tu jangan cakap, marah pun boleh macam harimau hanya kerana perkara kecil. Tapi kalau dengan orang yang biasa, aku pun buat biasa-biasa. tak semua orang dapat tengok sisi gelap aku. Aku teringat masa aku kecil dulu ditinggalkan lama oleh mak dan ayah aku, aku menangis sampai bengkak mata sebab takut seorang-seorang walaupun adik ada dengan aku. Bila mak dan ayah aku balik rumah, mereka hairan mata aku bengkak, aku cakap mata aku masuk habuk. Waseh, macam drama pulak dah yer.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...