Skip to main content

Nak Berkawan pun Kena Memilih?

Ini mungkin adalah sebab kenapa kawan aku tak ramai. Salah satunya, aku pernah tengok orang tanya detail kita dulu sebelum nak berkawan. Kalau kita tidak mempunyai benda yang buat mereka tertarik, mereka tak akan berminat nak becakap dengan kita, apatah lagi kawan. Aku juga pernah kena benda yang berkaitan macam ni, ada orang tanya bangsa aku, bila dapat tahu yang kami tak sama bangsa, esok harinya terus buat tak kenal. Kejadian ni berlaku masa kami di dewan kuliah UNIMAS.

Aku juga pernah chat dengan seseorang ni, dia bertanyakan banyak perkara pasal aku, detail semua habis kena tanya tapi at the end, dia berhenti chat tiba-tiba sebab dia tak berminat dengan apa yang ada pada aku. Aku tak tahu pula kalau nak berkawan ni perlu ada interview dan perlu melalui ujian saringan macam orang kerja kerajaan. Bak kata kawan aku, Kak Mal. Hubungan persahabatan itu muncul secara natural, kita tak perlu tanya pun dengan tuan punya badan. Aku ingatkan dengan bersosial bolehlah terjalinnya hubungan persahabatan, tapi kena banci pula aku dihujung cerita. Aku taklah bermaksud kawan tak boleh memilih, kalau tak sama kepala, boleh jer kawan biasa-biasa selagi tak membahayakan diri kita. Aku sampai sekarang, kawan semua banyak jenis. Ada yang kaki clubbing, ada yang alim, ada yang macam Y.B. banyak pengaruh, ada yang nerd, ada yang qinqai dan sebagainya. Asalkan kita pandai jaga diri dan jangan mudah terpengaruh, itu sudah memadai.

Paling tak dapat terima, apa kaitan bangsa dan agama kalau nak berkawan. Berkawan jer pun, bukan berkahwin. Ker, senang nak mengumpat ni?

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...