Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Minggu lepas aku pergi bercuti tapi tak lama dalam 2 hingga 3 hari sahaja. Sebenarnya bercuti ni pun road trip yang ringkas dari Kuching ke Sibu dan seterusnya ke Bintulu, balik pun dari Bintulu ke Sibu dan akhirnya sampai ke Kuching hari ni. Tambahan pula, kos perjalanan dan makanan semua kena sponsored oleh partner aku.
Bukanlah nak cakap kami pergi dating atau sebagainya. Kami lebih kepada makan-makan dan jalan-jalan. Paling best pergi ke Taman Tumbina Bintulu dan Pantai di Bintulu. Salah satu bandar perindustrian yang cantik bagi aku.
Satu lagi perkara yang aku suka nak kongsikan adalah Sarawak memang penuh dengan tempat-tempat menarik. Sabah pun apa kurangnya, begitu juga di Semenanjung Malaysia. Buat masa sekarang, lebih baik aku explore dulu area Sarawak puas-puas, murah pun murah. Kalau ada duit lebih, apa salahnya pergi keluar pula lepas ni.
Comments
Post a Comment