Skip to main content

Post Gambar Sebab Nakkan Perhatian


Hello sekali lagi, minggu lepas aku ada kongsikan sesuatu berkenaan dengan sosial media dan gambar selfie dengan partner aku. Tiba-tiba dia cakap aku suka ambil selfie dan post dekat sosial media macam orang nakkan perhatian dari orang ramai. LOL. Then? Aku rasa lawak sebab ada tujuan lainkah kita letak gambar dekat sosial media jika bukan nak bagi orang awam tengok? Ada betul apa yang partner aku cakap, tapi aku anggap dahagakan perhatian itu normal. Berkongsi mana-mana gambar supaya orang boleh tengok pencapaian dan muka comel kita, siapa-siapa boleh buat begitu dan tak salah pun. Orang suka atau tidak, itu lain cerita. 

Tambahan pula kalau bergelar diri seorang perempuan. Mana ada perempuan yang tak suka dirinya jadi perhatian ramai orang. Walau sekuat manapun agamanya, walaupun dia berpakaian bertutup, tetap juga dia mahu dirinya diambil gambar. Paling teruk pun selfie kalau dah tak ada orang yang sudi ambilkan gambar. Tinggal nak tak nak post jer. Nak jadi cantik ni ada banyak cara, tak perlu jadi seksipun boleh jadi cantik, asalkan kita mampu menarik perhatian ramai orang. Tengoklah Instagram pun sudah tahu.

Entry aku sebelum dan masa sekarang pun berjuta dah gambar selfie aku didalam. Aku pun tak tahu kenapa aku ketagih nak letak gambar selfie aku. Lagipun, as long as benda ni bukan satu kesalahan jenayah, tak ada apa yang perlu dirisaukan pun. Kalau berjumpa dengan pengomen mulut lancang tu biasalah, jangan ambil serius. Orang cemburu memang begitu. LOL.

Minggu lepas, aku ada dengar ada beberapa remaja ni cuba panjat signboard "IPOH" dan ambil gambar wefie mereka disitu. Selepas mereka post ke dalam sosial media, berpusu-pusu netizen datang komen yang jahat-jahat dengan mereka. Ada yang cakap bodoh, ada yang cakap gila perhatian, dan macam-macam lagi. Aku pun susah nak komen sebab hal ni melibatkan keselamatan. Apa-apapun, syukurlah tak ada apa yang berlaku. Asal bukan aku yang bermulut lancang. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...