Skip to main content

Zaman Sekolah Aku yang Hodoh

Masa aku masih muda remaja dalam umur 15-17 tahun macam tu, aku tinggal dekat Mukah. Zaman sekolah bagi aku adalah zaman aku struggle dengan diri sendiri. Aku bukan pelajar popular, kalau popular pun mungkin popular dengan benda tak baik kot. Aku jenis yang rabun jauh jadi ada dalam satu tempoh tu aku pakai spek sampai mata jadi rosak teruk sebelum beralih ke colorless contact lens. Muka pun hodoh nak mati, serius. Aku juga jenis yang tak pandai belajar tapi berpura-pura jadi pelajar pandai since dapat masuk kelas pandai. Aku tak pandai bersosial, pemalu dengan orang tak dikenali tapi jadi mak lampir bila dengan bergaul dengan kawan baik. Aku seorang yang pelik bak kata salah seorang classmate aku, dan kepelikan itulah juga jadi penyebab mereka nak berkawan dengan aku. Terima kasih aku ucapkan sebab sudi kawan dengan aku. Aku dari dulu sampai sekarang, jumlah kawan semua boleh kira dengan jari.

Masa sekolah dulu, tidak ada seorang lelaki pun datang kepada aku cakap hal-hal selain pelajaran. Kawan lelaki pun langsung tak ada. Tengok betapa tak lakunya aku masa sekolah dulu. Surat cinta pun tak pernah dapat, tapi dapat pula surat dari seorang classmate perempuan yang benci dengan aku dan hemburkan kata-kata benci dengan aku. Entah apa yang aku buat sampai malang macam tu. LOL. Kawan-kawan aku semua comel-comel dan manja, setiap kali datang jumpa aku mesti ceritakan pasal peminat dan boyfriend mereka manakala aku pula duduk mendengar cerita mereka, kadang-kadang berangan dan terperasan ada orang suka dengan aku padahal langsung tak ada. 

Kehidupan sosial aku zaman sekolah menengah sangat membosankan. Kadang-kadang jumpa kawan-kawan masa sekolah saja, selebihnya duduk rumah memerap dalam bilik. Aku tak pandai bersosial, kalau aku cakap sesuatu, aku dapat rasa ada orang tak suka. Mungkin sebab cara aku bercakap atau gaya bahasa aku yang buat orang menyampah? Kalau dekat rumah, aku pun jarang dengan family aku. Adik-adik aku dulu nakal dan macam budak-budak walaupun ada yang dah bersekolah menengah. Masa aku banyak dihabiskan di bilik dengan melukis kartun manga. Setahun kadang-kadang mungkin aku keluar sekali kot pergi pasar berjalan-jalan itupun dengan ayah aku. Bayangkan dulu nak beli pencuci muka pun ayah aku cakap tak perlu nak sibuk pakai produk bagai siap dia salahkan aku, muka aku rosak sebab aku pakai produk bahan kimia padahal brand yang aku pakai dulu sangat tipikal. Aku selalu rasa malu nak berjumpa dengan orang, aku selalu fikir muka dan cara penampilan aku yang hodoh buat orang benci dengan aku. Kalau dilayan macam halimunan tu boleh diterima lagi, sekurang-kurangnya orang boleh buat tak nampak aku.

Manakala yang lain mesti melalui zaman remaja yang penuh dengan memori bahagia, macam sambut hari jadi dengan yang tersayang, cinta pertama, travelling dan berjalan-jalan, beli itu dan ini, barang pun up-to-date, disayangi oleh ramai orang, pandai bergaul, manja pun tak buat orang menyampah. Alangkah indahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...