Skip to main content

Berhenti Menjadi Extremist yang Jahat

Malam semalam, aku ada tengok Facebook post pasal kebencian kepada kepercayaan Islam dan sikap muslim dari seseorang. Dia juga ada post video pasal kononnya sekumpulan muslim cuma mengambil mayat seorang penganut Kristian dari family Kristian dan tukang post tu dakwa bahawa video tu dia ambil dari group Whatsapp dia. Bila diselidiki hal sebenar, rupa-rupanya video yang dia post dekat Facebook tu membawa cerita palsu yang telah diperakui oleh abang kepada orang yang meninggal dalam video tu dan meminta siapa yang telah post dan share di media sosial memadamkan segera sebelum fitnah berleluasa.

Tapikan, main point yang sebenar adalah kebencian terhadap kepercayaan orang lain. Aku ada stalk Facebook orang tu dan aku dapati post dia semuanya berunsurkan kebencian dia kepada muslim dan Islam sehinggakan dia pernah post status mengatakan dia tak akan approve pun friend request dari golongan mereka ni. Untuk pengetahuan semua pihak juga, aku pernah juga tengok extremist yang membenci Kristian dan buat hal-hal yang sama seperti yang aku ceritakan tadi dalam situasi vice versa. Aku tak backup siapa-siapa kecuali penghasut dan pembenci yang suka menjadi batu api. Tak kiralah apa kepercayaan kita sekalipun, janganlah berselindung di sebalik akaun anynomous dan sebarkan kebencian.

Kadang-kadang aku tahu ada sesetengah kepercayaan tu mengajak umatnya untuk membenci umat dari kepercayaan lain. Di setiap kumpulan mereka, sama ada kelas, ritual, perhimpunan pasti akan diketuai oleh pemimpin yang cuba brainwash dengan kebencian. Bahkan, dalam keluarga sekalipun dimana ibu bapa mengajar anak-anak mereka sentiasa berfikir buruk dengan orang lain. 

Kadang-kadang aku tak salahkan sangat orang yang post video tu, aku dapat lihat betapa dia bencikan golongan tersebut. Mungkin dia telah dilayan dengan teruk sebelum ini atau dikhianati, cuma penyampaiannya agak extreme bagi aku. Dari apa yang aku dapati juga, dia telah pun berkahwin dan belajar tinggi. Kasihan, aku hairan kenapa dia boleh jadi begitu di media sosial. Tapikan, aku rasa dalam real life, dia seorang yang berlainan. Internet memang banyak menukar watak kita dari realiti, dari nampak matang kepada kurang matang dan beremosi, adakalanya dari pendiam kepada suka mempermainkan orang hanya kerana kehausan perhatian dari orang ramai.

Ada banyak cara untuk kita menyampaikan pendapat kita yang berbeza dengan orang lain yang elok dan bersesuaian. Kita tidak semestinya perlu lakukan provokasi dan akhir cerita menyusahkan diri sendiri. Bila kita bercakap dengan lembut dan sopan meskipun idea kita lain dari yang lain, sekurang-kurangnya kita nampak professional dan bukan beremosi. tidak kisahlah kalau ada yang tetap mengecam kerana mulut lancang terdapat dimana-mana saja. Jagalah maruah diri sendiri, malulah kalau generasi akan datang dan lihat perbuatan kurang matang kita.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...