Skip to main content

Hargai Diri Sendiri

Aku tahu setiap dari kita mesti akan dahagakan perhatian, terutamanya kaum perempuan. Ada yang sanggup berlapar untuk kurus, ada yang cuba cover cela dengan makeup yang tebal, ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk pakaian, kasut dan beg yang berjenama dan sebagainya. Cara aku pula suka selfie sana-sini dan post dekat sosial media. Walaupun selalu tak pakai makeup dan lemak badan terkeluar dari sasaran, asalkan angle gambar tu cun dan boleh cover apa yang patut tanpa perlu heavy edit. Setakat edit sepia, saturation tu dah biasa dah.


Sesetengah daripada orang termasuk aku ni juga suka bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Bila nampak orang lain cantik dan bergaya, mulalah rasa rendah diri sampai tak nak tengok muka dekat cermin. Ya, itu aku. Bahkan nak keluar rumah pun tak nak apatah lagi nak berjumpa dengan orang. Aku jenis yang mudah rasa down sebab Self-Esteem aku tersangat rendah. Tak kira betapa aku mahu berfikir positif dan bila ada rasa keyakinan tu datang, ia takkan lama. Kadang-kadang aku fikir best-nya jadi orang yang tak perlu berusaha keras dan keluar modal banyak untuk cantik dan kaya. Itulah keburukkan aku. Aku tak dapat buang berfikir macam tu, ada masanya rasa bersyukur, ada masanya rasa tersinggung dengan diri sendiri.

Zaman sekolah menengah antara yang paling banyak beri aku kenangan pahit. Aku pernah tolong classmate aku yang cantik buat kerja sekolah dia sebab masa tu kami kena denda ramai-ramai buat kerja dekat luar kelas. Bila semua classmate yang lain dah masuk kelas sebab dah siap kerja, tinggal dia yang belum habis buat. So aku temankan dia sampai dia habis buat kerja dia walaupun aku dah lama siap. Lepas tu, dia ucap "Thanks" dekat aku macam nak tak nak dan bergegas tinggalkan aku macam tu jer, masuk kelas dan pergi dekat groupmate dia yang bijak pandai dan berlagak macam tak kenal aku, I was like what? Oh ya, masa tu aku lebih hodoh dari sekarang, jerawat pun penuh dekat muka, pakai spek segi empat tepat dan baju sekolah tak gosok sebab rushing basuh dan pakai since cuma dibekalkan 2 helai sahaja untuk dipakai sepanjang tahun.

Mungkin aku yang salah. Mungkin aku yang bersungguh-sungguh nak kawan dengan orang cantik pandai sampai lupa dimana kedudukan aku yang sebenar. Tapi, aku tak lah harapkan hadiah dari hasil pertolongan aku untuk mereka. At least, kalau hargai pun sudah okay tapi lagi sekali, mungkin aku yang salah. Haha. Aku mengaku, aku sebenarnya benci dengan diri sendiri. Aku benci sebab tak mampu jadi apa yang aku mahu. Aku benci sebab orang pun tak suka dengan aku. Aku benci sebab aku tak ada alasan kenapa aku perlu suka. Tapi, aku boleh berpura-pura gembira dan pura-pura sukakan diri sendiri dan bagi nasihat kepada orang lain supaya sayangi diri sendiri.

p/s: Walaupun aku sebenarnya tak layak bagi nasihat, aku still nak bagitahu satu perkara. Jangan jadi macam aku ya. Jangan mudah kecil hati, jangan mudah putus ada, korang sejuta kali lebih berharga dari segala-galanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...