Skip to main content

Buat Baik Perpada-pada

Tidak semua orang didunia ni yang memiliki sifat rendah diri, terutamanya orang yang berharta. Malahan, kebanyakan orang yang kurang berharta juga boleh berlagak sombong sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa yang ingin dibanggakan. Aku juga pernah tengok orang yang berjaya mencapai impian mereka tapi akhirnya mereka berubah sikap menjadi sombong dan bongkak kerana kekayaan, kerja yang lumayan serta popular dikalangan orang ramai. Entahlah, aku nak kata fenomena ni normal, memang selalu jer berlaku. Kalau sombong dengan orang yang tidak dikenali itu tak salah sebab takut terkena gangguan. Kalau sombong dengan orang yang dikenali, itu terang-terang dah salah.

Hampir setiap masa, aku cuba yang terbaik untuk jadi mesra dan rendah diri. Aku juga pernah banyak kali kena layan dengan teruk oleh orang yang tidak mesra dan hanya beri layanan eksklusif untuk orang yang setaraf dengan mereka, tidak kira setaraf dari segi pendidikan, agama, kaum, dan cara pemikiran. Kadang-kadang bila terlalu baik, ada juga orang mengambil kesempatan dan ada yang suka menjadikan kita sebagai bahan lawak mereka. Pengalaman berjumpa pelbagai jenis orang mengajar aku banyak perkara. Aku ingat semasa aku dekat universiti dulu, ada orang tak layan pun bila aku cakap dengan mereka dan mereka adalah kawan kepada kawan baik aku. Bayangkan aku dibuat seperti halimunan, sekiranya aku ada buat salah sekalipun kenapa tidak berterus-terang seperti yang mereka pernah buat dengan ex-kawan mereka sendiri?

Aku juga pernah berjumpa dengan orang yang sangat biasa, yang memiliki tahap pembelajaran yang rendah, duit cukup-cukup makan, kehidupan yang serba kekurangan tapi hati mereka sangat baik. Seumur hidup aku, jarang jumpa orang yang cepat mesra dengan orang yang baru mereka kenal. Ada sesetengah orang, sanggup mengambil kesempatan bila aku terlalu baik dan mesra dengan mereka. Bila ditolong, dibalas pula dengan kejahatan. Aku bukan bermaksud tidak ikhlas menolong, tapi sekurang-kurangnya janganlah memperlakukan seseorang dengan bodoh. Orang yang memerhati pun buat tidak tahu saja.

Aku tak suka buat jahat dengan orang tapi kadang-kadang aku kena lindungi diri aku sendiri. Aku sentiasa ingatkan diri aku supaya sayangkan diri sendiri dulu sebelum sayangkan orang lain walaupun ada beberapa ketika aku gagal mengikut nasihat sendiri. Tapi, apa yang orang dulu-dulu pernah buat jahat dengan aku, aku tidak dapat memaafkan mereka buat selama-lamanya. Biarlah ia menjadi satu peringatan untuk masa hadapan.


Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...