Skip to main content

Cabaran Semasa Penghujung Februari Hingga Awal Mac

 Aku telah lalui bermacam-macam tragedi baru-baru ini. Perkara yang paling teruk adalah masa partner aku kehilangan beg pinggang dia dimana didalam beg tersebut ada duit dia dalam RM1K, satu telefon pintar, duit aku sendiri dalam RM600.00 macam tu dan buku BSN aku semasa kami berkelah di tepi pantai di Pantai Pandan Sematan. Dia tersedar beg dia hilang selepas kami dilanda ombak kecil sebab tak sangka ombak sekecil tu boleh capai di tempat kami sedang duduk yang kebetulan beg partner aku dibiarkan di atas pasir tak jauh dari tempat kami. Memang lama juga mencari beg tu balik tapi malangnya dah tak jumpa dan cun juga masa tu dah nak gelap. So kami pergi buat report polis sebelum balik ke Kuching. Aku kasihan tengok partner aku kesusahan, jadi aku ambil keputusan untuk bagi dia telefon yang baru aku beli beberapa bulan yang lepas. Aku pun tak minta dia bayar balik duit aku yang turut hilang sama pada waktu tu.

Perkara kedua adalah aku tak berapa sihat baru-baru ni. Aku sepatutnya ambil cuti sakit pada hari Selasa dan Rabu lepas, tapi terpaksa batalkan niat sebab kerja lebih penting. Aku rasa aku tak boleh tinggalkan kerja aku macam tu jer lebih-lebih lagi bila aku baru ambil alih kerja Human Resource. Biasalah kalau aku baru ambil alih kerja, mesti ada benda yang salah dan tak kena dengan kerja. Aku jenis yang kena ambil masa untuk belajar benda baru cuma kadang-kadang sesetengah manusia ada yang tak sabar dan salah faham banyak berlaku sebab mereka cuma fikirkan apa yang mereka mahu. Kadang-kadang niat tu baik nak tolong tapi ada pula yang lain ambil kesempatan, aku tak minta banyak cuma haraplah mereka akan rasa apa yang aku rasa suatu hari nanti.

Perkara ketiga adalah aku rasa aku teringat akan seseorang di UNIMAS. Seseorang yang kacak, nampak smart dan sangat baik. Aku cuba stalk dia dekat laman web UNIMAS dan Facebook, dia seorang yang sangat gembira, memiliki hidup yang bahagia dan sudah berkahwin. Isteri dia juga sangat cantik sepadan dengan dia. Bila tengok jer gambar dia, mampu menceriakan hari-hari aku yang suram kebelakangan ni. Aku harap dia sentiasa happy dengan orang yang tersayang. Tinggal aku lagi yang perlu struggle nak mati.

Perkara yang seterusnya adalah rasa dikhianati oleh bekas rakan sekerja sendiri. Aku faham keadaannya bila dia mahu melindungi kawan dia yang pernah bekerja dengan kami tapi bukan dengan cara dia join sekaki dengan officemate aku yang mulut boleh tahan lepas tu boleh pula pura-pura sama pendapat dengan mereka. Sekalipun dia tak suka dengar, dia boleh saja berterus-terang dengan kami daripada sekarang ni pun dia sendiri dah terkantoi sebab officemate yang lain dah tahu. Aku pula rasanya taklah cakap buruk pasal kawan dia, just tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu dan ini, tapi itulah, kalau nak jadi batu api tu, senang saja. Mungkin salah aku juga sebab join perbualan dengan kawan officemate lain. Aku tak ada niat pun nak bercakap hal orang. Mungkin itulah pengajaran bagi aku sebab masa tu aku terlalu semangat dan kepo, aku kena ingat air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Masa dia dekat office, selalu bawa dia berbual bersama-sama tapi entah kenapa dia jadi sesuatu yang aku tak sangka. Paling tak dapat terima, dia boleh tinggalkan kerja dia macam tu saja tidak disiapkan sebelum dia berhenti dan akibatnya boleh menyusahkan pekerja baru.

Perkara yang terakhir ialah orang yang aku sangkakan baik dan rendah diri akhirnya menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar selepas taraf hidup mereka naik. Aku tahu hidup aku biasa dan tidak indah, hidup aku teruk dan aku berusaha untuk memperbaikinya dengan mengisi memori yang baik. Mungkin sebab aku terlalu baik dengan mana-mana orang sampai kena palat kot. Nanti buat jahat kena kecam pula. Susahnya bergaul dengan manusia since mereka ni mostly bukan jenis straight to the point. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...