Skip to main content

Manusia dan Cemburu

Sebenarnya, secara personal aku merasa agak susah untuk bergaul rapat dengan kebanyakkan kaum perempuan since aku banyak kawan perempuan dan lebih-lebih lagi kalau kita tidak tahu siapa sebenarnya mereka dari luar dan dalam. Tapi, aku taklah bermaksud banyak kawan lelaki atau suka berkawan dengan lelaki. Aku tak kisah berkawan dengan sesiapa pun sebenarnya. Untuk lebih adil, tak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang mulutnya jenis suka mengata orang lain, dan kalau boleh aku nak elakkan sebab takut aku akan jadi seperti mereka.

Tambahan pula, perempuan dengan cemburu berpisah tiada, walau sebaik mana hati mereka. Aku pun ada perasaan cemburu, cemburu dengan kejayaan dan kecantikkan orang lain dan sekaligus mendorong aku untuk berjaya seperti mereka. Setakat ni tak pernah lagi buat perkara-perkara jahat seperti menganiaya mereka atau melukakan hati mereka. Itu cemburu yang sangat tidak sihat. Ada sesetengah orang bila mereka cemburu, mereka cenderung untuk berkata jahat, menyebarkan fitnah, mengumpat dan melakukan hasutan. Mereka juga tergolong dalam golongan yang sanggup lakukan apa saja untuk menjatuhkan kita. 

Aku merupakan salah seorang mangsa mereka dalam situasi ini. Aku tak bermaksud aku lebih baik dari mereka, tapi kadang-kadang bila aku pandang diri aku yang tidak ada apa-apa pun masih lagi dijadikan bahan cerita manusia jahat. Itu belum lagi kalau aku dapat sesuatu yang baik, atau tiba-tiba bernasib baik. Ada pula yang sampai tak nak tegur, lepas tu hasut orang lain benci aku dan buat diri sendiri acah-acah mangsa kepada situasi ini.

Aku boleh jamin memang akan ada sekurang-kurangnya satu kumpulan yang suka bercakap belakang kita seolah-olah mereka tahu keadaan kita yang sebenar. Tak kiralah lelaki atau perempuan, kadang-kadang partner aku pun cakap lelaki lebih kurang sama jer, asal tak puas hati memang akan ada yang suka cakap belakang. Sebab tu, kalau dah dapat kesan bau-bau spesis ni, elakkanlah berkawan atau rapat dengan mereka. Bila kita duduk diatas mereka, mereka akan lakukan pelbagai cara untuk turunkan kita. Bila kita memang sedia ada di bawah mereka, mereka akan pastikan taraf kita sentiasa dibawah mereka sampai bila-bila.

Aku tak tahulah kenapa manusia jenis macam tu wujud, tapi aku harap janganlah jumpa orang macam tu banyak-banyak dalam hidup aku. Aku rela seorang-seorang dari dikhianati.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...