Skip to main content

Diri Aku yang Jauh dari Kesempurnaan

Aku merasa sangat cemburu dengan orang yang cantik tak kira bila dilihat secara real life, dalam gambar dan juga video. Tak kira gambar candid sekalipun, mereka tetap kelihatan cantik. Aku juga kagum dengan wanita yang diluar sana yang menjadi model atau menyertai pertandingan ratu cantik dengan penuh keyakinan pada masa yang sama mereka bijak dari segi akademik dan memiliki moral yang tinggi. Kan bagus aku boleh jadi salah seorang dari mereka. Aku sebenarnya juga cemburu dengan wanita-wanita di luar sana yang sangat disayangi oleh pasangan mereka walaupun pasangan mereka kacak, muda dan kaya tapi sukar dirampas oleh orang lain. Tidak lupa juga wanita-wanita yang yang ada dan telah berjaya mencapai goal mereka sendiri seperti physical transformation, boleh berdidikari, boleh beli apa yang mereka mahu, boleh makeup dengan cantik, pandai dan bijak, berjaya dalam hidup serta disayangi oleh semua orang.

Aku tidaklah bermaksud bercakap tentang manusia yang sempurna, kerana aku tahu tidak mungkin wujud. Tapi sekurang-kurangnya mereka mampu mencapai mana-mana yang aku katakan seperti di atas. Mungkin aku dan beberapa yang lain tidak bernasib baik tapi aku masih gembira dengan kehidupan sekarang. Aku bercerita hal ini sebab aku suka berangan-angan. Tak mungkin nak jadi cantik serta indah kena usaha. keindahan itu sesuatu yang natural dan yang cantik tidak semestinya indah, begitu juga dengan bijak. Semua orang boleh jadi pandai jika belajar, tapi tak semua boleh jadi bijak. Apatah lagi kalau mahu diri disukai oleh semua orang, itu tak mungkin terjadi. Kalau ada pun, memang manusia tu bertuah sampai bila-bila. Siapa yang tak cemburu lebih-lebih lagi dapat keistimewaan tanpa perlu berusaha, yang lahir-lahir terus ada segalanya. Ada juga yang sampai berusaha setengah mati untuk mencapai impian mereka, itu belum termasuk perlu korbankan ini dan itu. Orang cakap "Tak ada jalan yang mudah, tak ada kerja yang senang". Itu memang benar tapi, tidak praktikal untuk sesetengah orang.

Satu perkara yang buat aku mampu bertahan sebagai diri aku ialah, aku seorang yang tabah. Aku tersangat tabah sampai kena buat macam-macam oleh orang lain tapi masih mampu senyum dan teruskan hidup. Aku tahu memang akan ada orang yang nasibnya lebih malang dari aku, dan aku juga berharap mereka juga tabah dan berusaha memperbaiki hidup mereka. Teringat masa dulu, ada seseorang ni pernah offer nak buat photoshoot dengan aku tapi aku tak respon sebab aku langsung tak ada keyakinan dengan diri sendiri. Mungkin sebab dia tengok gambar selfie aku saja kot, dan bukan secara real life. Aku tak pernah bagitahu dia yang aku tak yakin, just aku bagitahu aku ni jenis yang berisi dan dia cakap gambar boleh edit dan bila aku lama tak respon, dia tiba-tiba unfollow aku padahal kawan pun dah agak lama, minta maaflah kalau terkecil hati. Tapi, tak apalah. Aku lebih tak suka mengecewakan orang secara realiti.  


Aku sebenarnya bukan nak puji tapi nampak agak photogenic bila bergambar selfie dan nampak buruk bila kena dengan gambar candid. Kalau nak tengok part muka aku hodoh dan badan penuh lemak, bolehlah tengok kalau ada orang tag aku dalam gambar mereka. Masa sekolah dulu, aku lagilah hodoh. Serius tak tipu, aku bukan acah-acah cantik cakap muka sendiri hodoh sebab nak dapat pujian pemerhati. Tapi masa tu memang langsung hodoh level bawah paras muka biasa sampai aku lalu dan bercakap dengan orang pun mereka boleh tak tahu kewujudan aku. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...