Skip to main content

Ketakutan Melampau Terhadap Golongan Fanatik

Aku seorang yang takut dengan ketaksuban kepada kepercayaan sebenarnya. Aku takut bila ketaksuban tersebut menyebabkan keganasan terjadi. Ada sesetengah perkara juga boleh membuatkan aku kurang percaya dengan kepercayaan yang kononnya menjadikan seseorang itu baik, kerana aku selalunya judge orang berdasarkan apa yang mereka percaya, sebagai contoh melakukan gangguan atau harassment kerana orang lain kerana tidak mengikut apa yang dia percaya. Hampir semua orang berpura-pura buat kebaikan kerana mereka takutkan hukuman dari apa yang mereka percaya. Bayangkan suatu hari nanti mereka hilang kepercayaan dengan mengejut dan tidak boleh terima hakikat daripada itu. Bayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada orang lain dan persekitaran mereka.

Dalam pada itu juga, ada juga yang memang betul-betul baik tidak kira orang itu kuat berpegang pada kepercayaannya atau tidak. Kandungan dalam setiap kepercayaan hanyalah sebagai pendorong untuk mereka meneruskan tujuan hidup, membantu mereka dalam membezakan baik dan buruk. Namun begitu, kebaikan yang mereka maksudkan adalah bergantung pada perspektif dalam kepercayaan mereka iaitu maksudnya yang baik bagi mereka belum tentu baik bagi kita. Sebab itu kita tidak boleh memaksa untuk orang lain percaya apa yang kita percaya. Jika timbul paksaan, maka rasa takut akan diperapa-apakan oleh golongan fanatik itu muncul seperti yang aku alami sekarang.

Kalau boleh, buat baik biarlah datang dari hati, dan jangan sesekali berbuat jahat hanya kerana benda yang sia-sia. Kadang-kadang rasa kasihan pun ada juga, sebab sampai sanggup turunkan darjat moral sendiri sebab ingat dapat perhatian dari apa yang mereka percaya. Ada satu video yang aku tengok seorang lelaki menampar perempuan dalam bas sebab tak pakai tudung. Bayangkan bahayanya pemikiran yang macam ni.

Bila fikir macam ni memang menggelikan, dan sangat menyeramkan. Bila kita perhatikan sejarah-sejarah lama, kenapa perang boleh terjadi adalah kebanyakkannya disebabkan perkara sebegini. Manusia sanggup buat apa saja untuk pertahankan apa yang mereka percaya sedangkan realitinya tiada siapapun yang mahu mengganggu hidup mereka selagi mereka tidak melakukan gangguan kepada orang lain. Jadi silalah buang rasa insecure itu demi keamanan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...