Skip to main content

Tempat Cantik


Aku sentiasa mengimpikan suatu hari nanti aku mampu melawat ke tempat yang jauh dan cantik. Kadang-kadang terasa juga ini keluar dari hidup ini dan mulakan hidup yang baru di tempat yang cantik dan aman damai serta mengenali orang local yang baik. Tapi, tidaklah bermaksud aku tak suka tinggal di Kuching, Kuching merupakan sebuah bandar yang cantik dan meriah. kadang-kadang orang disekeliling kita yang buat hidup dan tempat kita menjadi seperti neraka.



Aku pun malas nak fikir sangat hal-hal macam ni. Aku cuma nak gembira dalam hidup aku. Sebab tu, aku sukakan road trip dan pergi berseronok ke tempat yang cantik walaupun di dalam Sarawak sahaja. Dekat Kuching ni pun, mana jer tempat yang aku tak pernah pergi. Hampir semua aku sapu, lebih-lebih lagi tempat yang berkaitan dengan pantai kecuali yang perlu menaiki bot seperti pergi ke Pulau Satang. Mungkin suatu hari nanti, who knows..


p/s Gambar-gambar diatas adalah masa aku dan partner aku pergi ke Borneo Highland Padawan. Tempat ni sangat cantik sebab terletak di area bukit dan gunung dan bersebelahan dengan sempadan Indonesia. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Berpindah Blog

Setelah berbulan lamanya mengambil keputusan untuk pindah blog atas sebab tertentu, akhirnya berhasil juga walaupun entri lama di Wordpress tidak dapat dipindahkan sepenuhnya atas alasan perisian yang tidak menyokong format. Jadi dengan rela hati, aku paksa juga diri ini copy and paste semua entri lama ke blog baru dengan cara manual. Sayangnya semua komen-komen dan view yang lepas terpaksa dilupakan. Tak mengapalah, sudah nasib. Sebelum aku berpindah blog, beberapa bulan yang lepas aku terpaksa uruskan diari digital aku, menukarkan dari tulisan tangan ke tulisan taip agar lebih kemas dan rapi. Selesai yang itu, barulah aku fokus dengan blog aku.  Aku memang banyak jenis diari, dari tontonan umum sehingga yang betul-betul privasi. Walaupun tidak banyak memori indah yang boleh dicatat, sekurang-kurangnya, dengan diari ini, dapat memberi ingatan segar tentang bagaimana aku jalani hidup sehingga kini.  Sekarang sudah bulan Disember, tahun depan 2024. Kadang-kadang rasa takut b...