Orang selalu tengok aku jenis yang Happy-Go-Lucky dan tidak suka masuk campur selagi urusan itu tidak berkaitan dengan aku. Aku sebenarnya tidak suka membenci orang sebarangan tapi kadang-kadang aku susah nak kawal perasaan marah aku dengan sesetengah orang ni. Maksud aku, kebencian itu dimana-mana saja, tak kira betapa rapatnya kita rasa kita dengan tuhan. Aku bukan jenis yang mudah melemparkan kebencian kepada orang lain, kerana aku tidak suka buat orang lain terluka. Kebencian itu muncul bila mereka dulu cuba buat hal dengan aku. Sekalipun jika ada berlaku masalah, aku lebih suka mereka datang dan bagitahu hal yang sebenar depan aku berbanding bagitahu dengan orang yang tak ada kaitan dengan aku. Satu perkara pasal aku bila aku dah mula tak sukakan seseorang tu ialah aku tidak pernah berpura-pura menyukai mereka atau bercakap manis di hadapan mereka. Benda yang paling ketara yang akan aku lakukan ialah aku akan cuba mengelak berjumpa dengan mereka apatah lagi bercakap den...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan