Skip to main content

Kerja Berat

Baru-baru ni aku terlalu sibuk dengan kerja aku. Aku ada 3 jenis tugasan yang berbeza dengan satu posisi kerja yang sama, tapi aku gembira bekerja dengan pihak syarikat sebab sudi meletakkan kepercayaan kepada aku untuk siapkan kerja yang penting, atau mungkin sebab tak ada orang lain yang nak buat kerja yang banyak macam tu kalau aku berfikir dari sudut negatif. Satu-satunya masa yang aku ada di rumah adalah sebelah malam sampai awal pagi sahaja, selebihnya semua dihabiskan di tempat kerja. Hujung minggu pun aku selalu keluar dan jarang ada di rumah.

Sampaikan dirumah, aku tak ada masa bersihkan. Nasib baik cuma rumah tumpangan tapi kena berhati-hati juga sebab takut ada mulut puaka dan mata 1,000 megapixel memerhati. Tapi, aku tak lah sampai jadi pengotor. Tahu-tahu sajalah bukan aku seorang tinggal di sini juga, tapi yang jadi mangsa entah kenapa asyik aku. Ada masanya aku terpaksa lupakan hal di rumah dan fokus dengan kerja saja. Walaupun kerja aku biasa-biasa dan bukan standard untuk degree punya profession, aku masih dapat bertahan dengan segalanya mencukupi. Bayangkan dulu belajar sains tulen, sains perubatan dan sains sumber, tiba-tiba dapat kerja dalam bidang perniagaan dan akaun.

Selain dari itu, aku juga selalu luangkan masa untuk aktiviti luar seperti jungle trekking, berkelah, road trip dan sebagainya jika aku tidak bekerja. Mungkin sebab tu aku tidak merasa tertekan walaupun kerja aku terlampau banyak sekarang. Apa yang paling penting ialah keseimbangan antara kerja dan masa peribadi supaya tidak timbul masalah dikemudian hari.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...