Skip to main content

Adakah Aku Gagal dalam Hidup?

Tidak semua manusia dilahirkan menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Bahkan banyak yang gagal dalam hidup terpaksa meneruskan hidup mereka dengan hanya mampu berfikiran positif setiap masa termasuk aku. Mungkin kejayaan itu datang lambat, atau memang bernasib malang.

1. Pegangan
Perkara yang paling menyedihkan bila aku dilahirkan dalam pegangan yang aku tidak boleh buang begitu saja. Bahkan, aku tidak diberi hak keatas diriku sendiri. Terasa juga seperti patung bernyawa yang diikat tali dibelakang. Satu-satunya medium yang boleh aku gunakan untuk meluahkan tanpa rasa ragu adalah internet sebab aku tak mampu nak sembunyi mentah-mentah dalam almari.

2. Pelajaran
Ada degree pun macam tak ada degree, lebih-lebih lagi kalau kepandaian yang biasa-biasa saja. Orang sekarang dah tak pandang education level, sebab bagi mereka gagal SPM pun boleh jadi kaya. Aku pun tak tahu kenapa orang sanggup berfikir macam tu. Kita belajar tinggi-tinggi memang aim nak jadi kayakah?

3. Pekerjaan
Aku ada kerja yang okay. Aku suka buat kerja aku sekarang, tapi kadang-kadang aku rasa aku mahukan lebih dari tu. Aku juga suka belajar benda baru dan kalau boleh mahu diberi peluang untuk langkah yang seterusnya.

4. Hubungan Percintaan
Aku dan partner aku hampir 10 tahun bersama. Nak kata bahagia, adalah juga. Nak kata tak bahagia, itu perkara biasa.

5. Kekeluargaan
Aku sayangkan keluarga aku tapi aku bukan jenis yang mahu rapat dengan mereka 24 jam. Paling lama pun seminggu itupun dah naik rimas. Aku lebih selesa jauh dari mereka sebenarnya tapi jauh mana pun, sekurang-kurangnya aku masih dapat menghubungi mereka dan tahu mereka okay cukup buat aku rasa lega,

6. Persahabatan
Aku jenis yang susah nak ada kawan. Kawan rapat pun sangat sedikit. Tapi yang baik, aku memang sayang sangat-sangat.

7. Kewangan
Aku ni bukan jenis yang berduit sebenarnya.

8. Rumah
Kalau duit dah tak ada, rumah jangan cakap.

9. Kenderaan
Aku ada sebuah kereta tapi sekarang ni aku bagi partner aku pakai untuk dia ulang-alik jika ada urusan penting, sementara aku berjalan kaki 2 kali sehari pergi kerja kononnya nak sihat dan kurus.

Gambar ni diambil masa aku nak pergi jalan-jalan, buangkan segala stress

Ada masanya aku rasa aku teringin sangat nak akhirkan hidup aku ni dan mulakan hidup yang baru dengan situasi yang baru. Aku faham banyak lagi perempuan diluar sana yang bernasib lebih malang dari aku tapi kan, selama ni aku asyik fikirkan hal orang lain saja sampai lupa fikirkan diri sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...