Skip to main content

Ibubapa yang Pentingkan Diri Sendiri

Hampir semua daripada kita pasti akan menjadi ibu dan ayah yang sayangkan anak-anak mereka, dan sayang itu sangat subjektif dan rumit untuk kita fahami. Aku ni sebenarnya bukanlah bermaksud mahu menghakimi tugas-tugas sebagai ibubapa ni, aku cuma nak bercerita tentang perkara-perkara yang pernah terjadi depan mata aku. Perkara yang berkaitan dengan ibubapa yang sentiasa merasa insecure, overprotective, sombong dan sentiasa yakin mereka adalah ibubapa terbaik dari yang lain.

Aku rasa kadang-kadang fenomena ini selalu sangat berlaku. Sesetengah ibubapa suka bercakap hal buruk pasal anak orang lain tapi sebenarnya apa yang mereka katakan berbalik semula kepada anak mereka sendiri. Sebagai contoh, ada ibu bapa sangat bencikan perokok. Benci perkara yang tidak baik itu normal tapi janganlah melampau-lampau sampai menjadikan anak orang lain sebagai contoh untuk dibenci. 

Sumber dari Google Image

Ada juga situasi yang aku alami sekarang ini, dimana ibubapa lain menganggap aku sebagai budak jahat atau liar hanya kerana mereka cuma memerhati penampilanku secara luaran, namun yang sebenarnya sebaliknya telah berlaku, anak mereka sendiri yang rosak, hidup bersosial liar, tidur dengan bermacam jenis pasangan tapi anak mereka pandai menyembunyikan hal ini dari mereka terutamanya yang jenis bertutup dan sopan. Hanya kami yang muda-muda ni saja yang tahu apa yang berlaku disebalik tabir. Lawak pun ada, sucilah sangat.

Boleh korang bayangkan budak perempuan seawal usia 20 tahun kebawah boleh melakukan perkara sebegitu? Mana-manalah, cuma hidup aku sekarang ni kena kacau jer dengan mulut-mulut puaka. Personally, aku sebenarnya tak kisah pun kalau siapa-siapa yang nak enjoy sampai tak ingat dunia, atau nak buat apa-apa asalkan jangan menyusahkan orang lain. Masalah utamanya bila ada ibubapa perasan yang anak mereka adalah yang terbaik, tercantik dan menawan dengan merendahkan kebolehan anak orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...