Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Anak Anjing

Aku bangun awal pagi seperti hari-hari biasa and bersiap sebelum turun ke tempat kerja. Hari ni juga cuaca agak ceria dan cantik untuk aku berjalan kaki turun kerja memandangkan tempat kerja agak dekat dengan rumah tumpangan aku. Ditengah-tengah perjalanan, aku terdengar bunyi anak anjing menangis tapi belum dapat mengesan tempat asal bunyi berkenaan. Aku berhenti dari meneruskan perjalanan, aku cuba tengok di dalam longkang besar dan rupa-rupanya anak anjing tersebut terperangkap di dalam, tidak dapat keluar sebab tidak tahu melompat. Aku cuba menghantar mesej kepada kawan dan partner aku dengan harapan mereka akan bagi idea apa yang patut aku lakukan tambahan pula aku sudah lambat untuk sampai ke tempat kerja, malangnya sampai berkulat juga menunggu mereka memberi respon. Aku cuba pandang ke sekeliling tapi tiada siapa pula pada waktu itu. Disebabkan keadaan terdesak dan rasa kasihan sangat dengan tangisan dan kecomelan anak anjing yang malang itu, mahu tak mahu aku turun juga m...