Skip to main content

Anak Anjing

Aku bangun awal pagi seperti hari-hari biasa and bersiap sebelum turun ke tempat kerja. Hari ni juga cuaca agak ceria dan cantik untuk aku berjalan kaki turun kerja memandangkan tempat kerja agak dekat dengan rumah tumpangan aku. Ditengah-tengah perjalanan, aku terdengar bunyi anak anjing menangis tapi belum dapat mengesan tempat asal bunyi berkenaan. Aku berhenti dari meneruskan perjalanan, aku cuba tengok di dalam longkang besar dan rupa-rupanya anak anjing tersebut terperangkap di dalam, tidak dapat keluar sebab tidak tahu melompat. Aku cuba menghantar mesej kepada kawan dan partner aku dengan harapan mereka akan bagi idea apa yang patut aku lakukan tambahan pula aku sudah lambat untuk sampai ke tempat kerja, malangnya sampai berkulat juga menunggu mereka memberi respon. Aku cuba pandang ke sekeliling tapi tiada siapa pula pada waktu itu.

Disebabkan keadaan terdesak dan rasa kasihan sangat dengan tangisan dan kecomelan anak anjing yang malang itu, mahu tak mahu aku turun juga masuk longkang yang kotor dengan lumut and bawa anak anjing tersebut keluar. Aku pun tak tahu kenapa aku sanggup buat macam tu, sambil menangis dalam hati. 

Gambar ini diambil sebab aku nak hantarkan kepada kawan dan partner aku

Selepas bawa haiwan kecil tu keluar dari longkang, anak anjing tu pun pandang aku dengan mata bulat yang besar sambil semangat menggoyang-goyangkan ekornya. Beberapa kali aku cuba halang anak anjing tu bermain dekat dengan longkang sebab bimbang kejadian yang sama akan berulang lagi. Tapi nampak gayanya pada waktu itu, anak anjing tersebut tidak berputus asa mengekori kemana sahaja aku berjalan. Sudahlah aku perlu turun ke tempat kerja, kalau bawa anak anjing tak pasal-pasal kena viral percuma. Jadi aku terpaksa umpan dia pergi ke shoplot terdekat yang masih tutup. Aku letak semua makanan tengahari aku di lantai dan bagi dia makan memandangkan dia macam kelaparan. Walaupun berat hati meninggalkan, aku terpaksa. Aku teringin juga sebenarnya nak pelihara satu di rumah, tapi disebabkan aku bukan jenis yang berkomitmen dengan benda bernyawa tambahan pula dengan gaji yang tak seberapa membuatkan aku terpaksa lupakan saja niat suci ini.

Keesokkannya, aku lalu lagi ditempat yang sama anak anjing itu terjatuh. Aku cuba cari anak anjing tu balik tapi bayang-bayang pun tidak kelihatan. Aku harap akan ada orang jaga anak anjing tu nanti dan membesar dengan sihat dan jadi budak baik.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Berpindah Blog

Setelah berbulan lamanya mengambil keputusan untuk pindah blog atas sebab tertentu, akhirnya berhasil juga walaupun entri lama di Wordpress tidak dapat dipindahkan sepenuhnya atas alasan perisian yang tidak menyokong format. Jadi dengan rela hati, aku paksa juga diri ini copy and paste semua entri lama ke blog baru dengan cara manual. Sayangnya semua komen-komen dan view yang lepas terpaksa dilupakan. Tak mengapalah, sudah nasib. Sebelum aku berpindah blog, beberapa bulan yang lepas aku terpaksa uruskan diari digital aku, menukarkan dari tulisan tangan ke tulisan taip agar lebih kemas dan rapi. Selesai yang itu, barulah aku fokus dengan blog aku.  Aku memang banyak jenis diari, dari tontonan umum sehingga yang betul-betul privasi. Walaupun tidak banyak memori indah yang boleh dicatat, sekurang-kurangnya, dengan diari ini, dapat memberi ingatan segar tentang bagaimana aku jalani hidup sehingga kini.  Sekarang sudah bulan Disember, tahun depan 2024. Kadang-kadang rasa takut b...