Hari ini, aku cuba mendiskusikan berkenaan dengan kepercayaan aku. Beberapa hari yang lalu, telah viral satu gambar dari group privasi Facebook yang didalamnya terdapat sekumpulan anak-anak muda duduk bersama, minum dan bergembira dengan aman di sebuah restoran hipster di Kuala Lumpur. Memandangkan Malaysia merupakan negara yang dimonopoli oleh kepercayaan yang kuat, rata-rata netizen yang taksub tidak berhenti-henti melemparkan kata-kata cacian serta ugutan bunuh kepada sekumpulan anak muda tersebut, hanya kerana mereka menukar pegangan mereka secara peribadi dan menubuhkan kumpulan sebagai tanda sokongan antara satu sama lain. Agak menyedihkan bila golongan mereka ini dilayan seperti penjenayah sampaikan diburu oleh pihak berkuasa. Kita semua boleh melihat akibat dari tindakan ini, wujudnya ketakutan yang melampau kepada kepercayaan utama di negara ini serta penghujat-penghujat yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tidak terkecuali juga dengan kepercayaan-kepercayaan yang lai...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan