Skip to main content

Kepercayaan Aku

Hari ini, aku cuba mendiskusikan berkenaan dengan kepercayaan aku. Beberapa hari yang lalu, telah viral satu gambar dari group privasi Facebook yang didalamnya terdapat sekumpulan anak-anak muda duduk bersama, minum dan bergembira dengan aman di sebuah restoran hipster di Kuala Lumpur. Memandangkan Malaysia merupakan negara yang dimonopoli oleh kepercayaan yang kuat, rata-rata netizen yang taksub tidak berhenti-henti melemparkan kata-kata cacian serta ugutan bunuh kepada sekumpulan anak muda tersebut, hanya kerana mereka menukar pegangan mereka secara peribadi dan menubuhkan kumpulan sebagai tanda sokongan antara satu sama lain. Agak menyedihkan bila golongan mereka ini dilayan seperti penjenayah sampaikan diburu oleh pihak berkuasa.

Kita semua boleh melihat akibat dari tindakan ini, wujudnya ketakutan yang melampau kepada kepercayaan utama di negara ini serta penghujat-penghujat yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tidak terkecuali juga dengan kepercayaan-kepercayaan yang lain terutamanya di Sabah dan Sarawak. Bila kita terlalu taksud, kita lupa akan diri kita sendiri, kita mula menjadi pembenci yang lambat laut akan bertukar kepada pengganas. Adakah itu yang kita mahu dilihat oleh orang luar?

Sebelum aku menukar peganganku, aku juga merasa ragu. Seawal umur 13 tahun, aku tertanya-tanya akan kebenarannya. Pengajar aku suatu ketika dahulu pernah berkata, jika kita cuba mempersoalkan kewujudan walau hanya terlintas sedetik di minda, kita sudah dikira berpaling tadah. Bahkan memikirkannya juga dianggap kesalahan, bagaimana boleh kita mengawal minda kita yang tidak putus berfikir kerana rasa ingin tahu kita. Pengajar aku juga pernah memberitahu, jika sudah berpaling tadah tanpa mahu kembali ke jalan asal hendaklah dihapuskan. Maka aku ketika itu, terdiam seribu bahasa. Terasa kecewa dengan apa yang didengar kerana sebelum ini kepercayaan yang pernah aku pegang yang penuh dengan bunga-bunga keindahan tapi rupa-rupanya, yang cantik itu cuma di lapisan kulit teratas sebuah buku. 

Aku tidaklah bermaksud mahu berkata jahat kepada mereka, cuma berasa tidak senang dengan ugutan dan cacian mereka. Aku tidak pernah cuba melukai golongan mereka, bahkan tidak terfikir mahu mempengaruhi ideologi aku kepada mereka. Kadang-kadang terasa menyampah jika topik ini cuba didebat kerana tujuan utamanya hanya untuk menang sahaja. Aku rasakan hidup aku terlalu singkat untuk semua itu, yang aku mahu sekarang ialah hidup gembira, bebas dengan pendirian sendiri serta membuat kebaikkan kepada orang yang memerlukan tanpa pengaruh dari mana-mana kepercayaan. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...