Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Kisah Wanita yang Berhati Buta

Hari ni aku terasa nak bercerita pasal seorang perempuan yang aku kenal yang 3 tahun lebih tua dari aku. Aku banyak mendengar cerita dari mulut ahli keluarganya sendiri, even cerita-cerita itu keluar dari mulut ibunya suatu ketika dahulu. Semasa dia masih muda dan habis tingkatan 6, dia telah mendapat kerja di suatu tempat di Kuching. Dia juga pernah ada teman lelaki dan mereka menjangkakan hubungan mereka pada ketika itu serius kerana lelaki itu pernah berjumpa dengan kedua ibu ayah perempuan tersebut. Tapi, hubungan mereka berdua tetap juga tidak bertahan lama dan hilang begitu saja. Kata saksi, selepas kejadian tersebut menimpanya, perempuan itu kelihatan kurang ceria dari hari-hari yang sebelumnya. Selang beberapa ketika, banyak perkara yang berlaku dan dia akhirnya pulang ke rumahnya, membungkus beberapa pakaian dan terus keluar dari rumah. Ibunya perasan ada sesuatu yang pelik terjadi pada anaknya. Akhirnya selepas beberapa bulan, dia terkantoi juga yang dia telah mengandung an...