Skip to main content

Kisah Wanita yang Berhati Buta

Hari ni aku terasa nak bercerita pasal seorang perempuan yang aku kenal yang 3 tahun lebih tua dari aku. Aku banyak mendengar cerita dari mulut ahli keluarganya sendiri, even cerita-cerita itu keluar dari mulut ibunya suatu ketika dahulu. Semasa dia masih muda dan habis tingkatan 6, dia telah mendapat kerja di suatu tempat di Kuching. Dia juga pernah ada teman lelaki dan mereka menjangkakan hubungan mereka pada ketika itu serius kerana lelaki itu pernah berjumpa dengan kedua ibu ayah perempuan tersebut. Tapi, hubungan mereka berdua tetap juga tidak bertahan lama dan hilang begitu saja. Kata saksi, selepas kejadian tersebut menimpanya, perempuan itu kelihatan kurang ceria dari hari-hari yang sebelumnya. Selang beberapa ketika, banyak perkara yang berlaku dan dia akhirnya pulang ke rumahnya, membungkus beberapa pakaian dan terus keluar dari rumah. Ibunya perasan ada sesuatu yang pelik terjadi pada anaknya. Akhirnya selepas beberapa bulan, dia terkantoi juga yang dia telah mengandung anak luar nikah bersama dengan lelaki yang baru dikenalinya di MARA. Dengan membawa perut yang sarat, dia kembali semua ke rumahnya kerana lelaki tersebut sudah tidak mampu menyara dia dan bakal anak mereka berdua, lebih-lebih lagi bila mereka masih belum berkahwin. Pada mulanya, ahli keluarga perempuan tersebut sangat marah namun rasa marah itu cepat pudar lebih-lebih lagi bila ibu dan ayahnya akan menimang cucu pertama mereka. jadi, penyelesaian mereka pada ketika itu cuma perlu kahwin segera di JPN.

Ini adalah bentuk nota luahan yang aku jumpa, ianya bukan diari kerana diari adalah sulit

manakala nota kecil luahan ini diletakkan sebarangan bersama sampah-sampah yang lain

Ibunya berasa sangat gembira dengan kehadiran cucu baru mereka, dia seolah-oleh lupa akan kesilapan anak perempuannya pada suatu ketika dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, hadir pula cucu kedua dari anak yang sama walaupun mereka semua tahu perbelanjaan cucu-cucu mereka dibiayai oleh datuk mereka, iaitu bapa kepada perempuan tersebut. Nasib baik juga, bapa perempuan itu sedang bekerja di Sarawak Energy dan gajinya masih mampu menampung ahli keluarga yang ramai. Aku pernah terjumpa satu buku nota kecil milik perempuan tersebut semasa mengemas rumah mereka yang berselerak. Pada masa yang sama juga, aku secara tak sengaja terbaca luahan isi hati perempuan tersebut mengenai sikap suaminya itu, bagaimana dia dan anak-anaknya dilayan seperti endah tak endah oleh suaminya. Untuk pengetahuan korang juga, suami kepada perempuan tersebut pernah cuba curang dengan seorang perempuan Melayu, dan ia merupakan salah satu point kukuh kenapa keluarga mereka perlu membenci kaum dan kepercayaan tersebut.

Walaupun aku rasa kasihan dengan hidup dia, tapi aku boleh katakan dia masih bertuah kerana ibu dan ayahnya sudi memberi kemewahan kepada dia serta 2 orang anaknya. Dia masih mampu memiliki apa yang orang lain tidak mampu miliki walaupun suaminya jarang berada di rumah. Aku rasa aku faham keadaan itu bila kita berada di tempat yang kita tidak biasa dan dilayan seperti orang asing.

Cuma ada beberapa perkara yang aku kurang berkenan pasal perempuan ini. Aku faham kadang-kadang hidup dia sukar, tapi dia pada masa yang sama menghakimi hidup orang lain, mengkritik dan membodek orang tuanya demi kepentingan sendiri. Adakalanya aku berfikir, adalah dia layak terima dugaan sebegini, kerana selalunya orang seperti dia akan sentiasa merendah diri tapi bukan dia. Aku berharap dia sedarlah dengan perkara yang dia telah lakukan. Berhentilah menjadi hipokrit dan stop playing victim.

Mungkin orang akan tengok dia sebagai seorang Ibu kepada 2 orang anak yang gembira yang tinggal bersama dengan ibu dan ayahnya, yang rajin menolong, yang menyerahkan dirinya kepada tuhan dan tempat ibadatnya. Tapi, siapa tahu di belakang tabir bagaimana dia melayan orang yang dia tidak suka seperti aku, walhal aku tidak pernah menganggu hidupnya. Sejak dari itu, aku sentiasa berhati-hati dalam menilai kebaikan orang lain walaupun mereka memiliki kisah silam yang perit. Kadang-kadang perkara sebegitu tidak mampu memberikan mereka pengajaran.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...