Aku ada baca banyak informasi di Facebook baru-baru ini. Informasi bukanlah yang berbentuk fakta, cuma pendapat dari individu yang tidak dikenali berkenaan dengan sesuatu topik. Aku juga ada terbaca satu komen ni "Kenapa perlu bencikan pegangan mereka walhal sebenarnya kita hanya bencikan sesetengah penganutnya sahaja?". Aku rasa ia adalah soalan yang menarik sebenarnya, sebab aku adalah salah seorang yang bencikan orang sekaligus bencikan apa yang dia percaya dan pegangannya. Satu pakej full set . Aku bencikan kepercayaan orang lain hanya disebabkan aku benci sesetengah penganutnya, tapi aku tidak pernah bencikan sesuatu tanpa ada sebarang alasan. Sebelah pihak penganut kepercayaan ini memaksa aku untuk percaya apa yang mereka percaya, manakala sebelah pihak kepercayaan yang lain memandang aku seperti batu ditepi jalan hanya kerana aku berbeza dari mereka dan menganggap aku sebagai ancaman yang mereka tidak boleh percaya. Aku rasa mungkin sebab tu aku mula bencikan penganut...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan