Skip to main content

Kepercayaan yang Membinasakan Hidup Orang Lain

Aku ada baca banyak informasi di Facebook baru-baru ini. Informasi bukanlah yang berbentuk fakta, cuma pendapat dari individu yang tidak dikenali berkenaan dengan sesuatu topik. Aku juga ada terbaca satu komen ni "Kenapa perlu bencikan pegangan mereka walhal sebenarnya kita hanya bencikan sesetengah penganutnya sahaja?". Aku rasa ia adalah soalan yang menarik sebenarnya, sebab aku adalah salah seorang yang bencikan orang sekaligus bencikan apa yang dia percaya dan pegangannya. Satu pakej full set.

Aku bencikan kepercayaan orang lain hanya disebabkan aku benci sesetengah penganutnya, tapi aku tidak pernah bencikan sesuatu tanpa ada sebarang alasan. Sebelah pihak penganut kepercayaan ini memaksa aku untuk percaya apa yang mereka percaya, manakala sebelah pihak kepercayaan yang lain memandang aku seperti batu ditepi jalan hanya kerana aku berbeza dari mereka dan menganggap aku sebagai ancaman yang mereka tidak boleh percaya. Aku rasa mungkin sebab tu aku mula bencikan penganutnya beserta kepercayaan mereka sekali. Tapi ia juga bergantung dengan situasi sebenarnya. Selagi mereka mengamalkannya dengan aman tanpa memaksa orang lain, aku masih boleh terima kehadiran mereka.

Aku pun tak tahu kenapa aku masih mampu bencikan kepercayaan yang wujud sekarang ini tapi aku boleh cintakan kawan-kawan dan keluarga aku pada masa yang sama yang mungkin berpegang pada kepercayaan yang aku benci ini. Kadang-kadang, walaupun dengan hati yang berat. Aku tidak dapat mengawal emosi aku. Aku sangat berharap yang aku boleh luahkan kebencian aku dengan orang yang layak untuk dibenci, seperti orang taksub melampau yang jahat dan cintakan kekejaman.

Aku rasa pepatah orang yang mengatakan sikap dan perangai manusia tidak ada kaitan dengan kepercayaannya ada kalanya tidak relevan bagi aku selagi mana mereka cuba kaitkan kepercayaan mereka di dalam dialog dan tingkah laku mereka, apatah lagi jika mereka cuba memberi impak yang buruk kepada orang lain menggunakan ideologi mereka. Tapi macam yang aku pernah bagitahu sebelum ni, ianya bergantung pada keadaan juga. Namun begitu, seperti mana yang berlaku pada aku sekarang, jangan lah dijadikan contoh kerana kebencian membutakan hati dan perasaan. Aku juga cuba berusaha menjadi manusia yang baik.

p/s Jangan mudah terpedaya dengan analogi dari pemikiran singkat ya, seperti yang berlaku sekarang yang kita boleh lihat di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...