Skip to main content

Jadi Seorang yang Berbeza

Apa yang korang boleh faham berkenaan dengan apa yang aku percaya sekarang? Maaflah susah untuk aku berterus-terang secara telus, korang mungkin akan faham jika korang ada keinginan untuk tahu apa yang aku tulis. Apa yang aku percaya sekarang boleh dihuraikan kepada sesuatu yang ringkas tapi bukan orang yang berpegang kepadanya seperti aku. Setiap daripada kami mempunyai idea dan pendapat yang tersendiri. Malahan kami ada yang baik dan buruknya juga, maklumlah sebab kami pun manusia biasa juga seperti yang lain yang memerlukan masa untuk membesar dan matang.

Macam aku di sini, aku cuma seorang yang biasa seperti yang lain. Kadang-kadang aku buat salah, kritik apa yang orang lain buat yang mungkin tidak dapat diterima oleh aku tapi kalau boleh aku nak kurangkan sikap sebegitu memandangkan aku tidak mahu melukakan orang-orang disekeliling aku. Sebab tu aku lebih suka berdiamkan diri dan sibuk hal sendiri. Aku faham bagaimana perasaan dilukai oleh seseorang tanpa ada rasa belas kasihan, jadi aku tidak akan melakukan hal yang sama pada orang lain. Aku kena faham, kita kalau mahukan keharmonian, kita kena terima cara hidup orang lain yang mungkin berbeza dengan kita tanpa ada paksaan ke atas kita.

Kebanyakkan orang seperti aku, mereka sangat tertekan disebabkan mereka takut untuk berterus terang dengan apa yang mereka percaya kepada orang lain, dan pada masa yang sama mereka terpaksa melakukan perkara-perkara yang mereka tidak inginkan demi menjaga keselamatan diri dan air muka keluarga. Sebab itu, mereka banyak menjadi penghujat di sosial media. Mereka memberontak kerana mahukan kebebasan. Kebebasan individu yang hanya tersisa mungkin hanya setengah abad untuk mereka merasa ketenangan. Namun, apakan daya bila kita masih selubungi dengan ideologi yang kejam apatah lagi tiada kuasa yang mampu melindungi kita.

Kadang-kadang sangat susah nak bersikap positif bila terpaksa berhadapan dengan orang yang kejam yang suka melemparkan kata-kata kesat hanya kerana kita berbeza dari mereka. Aku cuma harapkan aku tidak mudah melenting, biarlah jadi pasif dan lain dari mereka yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...